My Followers

Sunday 27 October 2013

sederhana indah



Ada kalanya, kita sukar sangat nak lihat hikmah atas tiap kejadian, atau musibah. Kita senang cakap ; semua musibah benda ada hikmahnya. Tapi bila kena batang hidung sendiri, kita ada kalanya marah pada Allah.

Sebenarnya hikmah itu kita dapat lihat melalui ukuran keimanan kita. Kalau kita ni hamba yang kurang beriman, kita akan nampak musibah tu sebagai denda, sebagai hukuman. Kalau kita ni hambayang bersyukur, sabar, ikhlas dan redha, kita akan lihat musibah tu sebagai sesuatu yang positif.

Sangat!

Contoh.

Putus cinta. *senyum lebar*

Punya la kita menangis. Sedih. Patah hati. Walhal cinta tu, apalah sangat. Sekadar cinta. Cuba fikir. Nasib baik putus cinta, kalau putus tunang? Dan kalau tunang pulak, nasib baik putus tunang, kalau putus kahwin? Dan bila kahwin, kalau putus kahwin, mesti, mesti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. Mesti, ada sesuatu yang lebih baik yang Allah nak bagi.

Ummu Salamah kehilangan suami dan redha. Apa yang Allah bagi kat Ummu Salamah sesudah itu? Allah jadikan dia, isteri kepada Rasululllah SAW. Bukan ke tu perkara yang paling baik untuk dia?

Macam tu la semua perkara.

Sometimes we fall. Tapi adakah Tuhan sengaja nak gelincirkan kita? Tak. Semua tu, sebab kita terlalu selesa dengan iman kita. Kita ingat, iman kita dah cukup elok. Tapi rupanya, Allah datangkan ujian, seperti ujian hati, untuk lihat betul ke iman kita ni cukup kuat? Dan kita pun jatuh tersungkur. Adakah itu hukuman? No. Itu tandanya, Allah nak bangunkan kita pada satu tahap yang lain. Mungkin lepas jatuh tadi, kita akan lebih berjaga-jaga. Ada bahagian-bahagian hati yang selama ini kita terlepas pandang nak pagar. Jadi Allah nak ajar kita, kita tak boleh selalu selesa, sebab syaitan ni memang suka tengok orang selesa.

Hikmah. Jatuh bukan bermakna kita kena duduk dan tiup luka dari kejatuhan tu sambil menangis teresak-esak. Kalau kita dapat lihat hikmah dan redha, kita akan bangun, terus berlari dengan kaki yang luka - menuju Tuhan pastinya.

Let us adjust our view, shall we?

INGATLAH..

kadang-kadang ALLAH akn jatuhkan kita sedalam-dalamnya lubang sampailah kita kenal siapa Tuhan kita ..
DAN bila Allah jatuhkan kita sedalam-dalamnya lubang,INGATLAH bahawa kita adalah hamba yg LAYAK di uji dengan pelbagai ujian..Dengan ujian itu,ALLAH akan hadirkan kekuatan utk kita cuma kita ken rajin meminta pada-NYA.. INSYAALLAH ..

AWAS !!!





haaa...ingat tau kaum adam semua....

KENAPA SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA??




sayang kawan-kawan farah ni....

 

Saturday 26 October 2013

KASIH IBU

kasih-ibu-mother-day


RENUNGKANLAH
Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis  sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng  dinding rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, ibu membelikan kita baju baru untuk hari raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, ibu hantar kita ke sekolah, kita membalas budinya dengan menjerit ,  tak nak gi sekolah .

Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih setiap kali ibu menghantar kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton tv. Kita membalas budinya dengan asyik menonton sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budinya dengan berkata bahawa ibu tak ada taste .

Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat  dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita mengunci diri dan bersendirian dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis gembira. Kita membalas budinya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana enjoy dan celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg sampai ke hostel. Kita membalas budi ibu dengan bersalaman hanya di luar dorm kerana malu  dilihat kawan-kawan.

Apabila berumur 20 tahun, ibu tanya kita dengan rasa prihatin, adakah kita ada boyfriend atau  girlfriend . Kita membalas budinya dengan berkata, ibu ni kepohlah.

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri. Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju tidak cantik kerana ibu yang belikan.

Apabila kita 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budinya dengan berpindah 300km jauh dari ibu.

Apabila kita berumur 40 tahun, ibu telefon dan memaklumkan tentang majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata saya sibuk.

Apabila kita berumur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Kemudian pada suatu hari, ibu meninggal dunia dan kita tidak sempat membalas segala jasa ibu. Ingat! Selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu dan jika ibu sudah meninggal  dunia, ingatlah jasa ibu. Ibu! Saya sayang ibu.


PINJAM MASA ANDA JAP ...



Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illalllah wallahu akbar.

-Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya..
-Ketahuilah…. bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia., ia tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah sehinggalah hari kiamat….
-Sedangkan makhluk Allah yang kecil itu bersungguh-sungguh tanpa penat berzikir memuji Allah.. 
 
-Terima kasih Allah kerana mengingatkan aku supaya tidak lupa kepadaMu
 -Janganlah kita sebagai manusia berat hendak melafaz tasbih, tahmid, tahlil dan takbir sebagai tanda kita bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah bagi pada kita...

-Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". (HR Ibnu Majah)


Cerita disebalik zikir ini:

1)Kalimah Subhanallah
Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.” 
2) Kalimah Alhamdulillah
 Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebutAlhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).
“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.
 
3) Kalimah Laa illaha illallah
 “Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”
“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.
“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as.  

4)
Kalimah Allahu akbar
Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).
“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar.Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimahsebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.

5) Kalimah Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, bagindamerasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyilaziem.”
Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadiSubhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar, Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.


Friday 25 October 2013

Kelebihan Selawat...

1. Memperoleh curahan rahmat dan kebajikan daripada Allah dengan sebaik-baik nikmat.
2. Menghasikan kebaikan meninggikan kedudukan dan menghapuskan kejahatan.
3. Memperoleh pengakuan kesempurnaan iman.
4. Menjauhkan kerugian dan penyesalan malah di golongkan di dalam kalangan orang-orang yang berbuat kebaikan.
5. Mendekatkan diri kepada Tuhan.
6. Memperoleh ganjaran pahala seperti memerdekakan hamba.
7. Menghasilkan pertolongan ( syafaat) di hari kemudian.
8. Memperoleh keredhaan dari Malaikatur Rahman.
9. Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w. Seseorang yang berselawat dan memberi salam kepada Nabi maka selawat dan salam nya itu di sampaikan Malaikat kepada Nabi sendiri.
10. Membuka kesempatan berbicara dengan Nabi tercinta.
11. Menghilangkan kesusahan kegundahan dan meluaskan rezeki kurniaan Tuhan.
12. Melapangkan dada. Apabila seseorang membaca selawat 100 kali maka Allah akan melapangkan dada nya dan memberikan sinar yang terang benderang ke dalam hati nya.
13. Menghapuskan dosanya. Barangsiapa yang membaca selawat tanda cinta kepada Nabi nya maka Allah akan menghapuskan dosa nya.
14. Menggantikan sedeqah bagi yang tidak mampu bersedeqah.
15. Melipatgandakan pahala. Apabila seorang hamba berselawat pada hari Jumaat maka Allah menurunkan rahmat berlipat ganda ke atasnya.
16. Mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah s.a.w. di hari Kemudian.
17. Menyebabkan doa di terima di sisi Allah.
18. Melepaskan diri dari kebingungan di hari Kiamat. Apabila seseorang meninggalkan selawat ke atas Nabi maka dia akan menghadapi kebingungan dan kekacauan di hari Mahsyar.
19. Memenuhi suatu hak Nabi atau menunaikan suatu tugas ibadat yang di wajiban ke atas sekelian umat Muhammad.

Thursday 24 October 2013

Dugaan demi Dugaan



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Assalamualaikum semua..eheem..eheem ..dah lama farah  xupdate blog FARAH LIYANA MOHD SALLEH ni.Sampai berhabuk dah blog ni..Rindu gila nak celoteh..Farah bukan menyepikan diri tapi ada dugaan yg Allah bagi pada farah sekeluarga ..Adik farah masuk hospital masa raya kedua Aidiladha sampai laa ke hari ni..Pada hari jumaat yg mulia dan penuh keberkatan ni,Alhamdulillah adik farah dah sembuh sepenuhnya.Syukur pada Yang Maha Esa..Terima kasih kepada kakitangan  HOSPITAL TUANKU FAUZIAH  termasuk pihak doktor yg xjemu-jemu merawat adik farah..Semoga anda semua selalu ceria dlm menjalankan tanggungjawab anda ..Tapi family farah di kejutkan lagi dengan satu lagi dugaan iaitu tok farah telah di masukkan ke ICU ..Farah taw hati ibu farah xtenteram selagi belum menatap wajah ibu kesayangannya..Tapi dalam masa yg sama ibu juga risaukan kesihatan adik farah yg kurang sihat..Xpe ibu..InsyaALLAH ,lepas adik amalina keluar wad,kita sama-sama pergi s.alam tengok tok ..ok J ..Insyaallah everything will be okey.. Kawan-kawan blogger semua,farah harap korang boleh tolong doakan kesihatan tok farah ye..Doa kan senjata umat Islam ..lagipun doa sesama sedara seislam lebih mujarab kan ..insyaallah..TERIMA KASIH ..hanya Allah mampu membalasnya ..
  .
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’


Tekan sini
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
 

Friday 11 October 2013

30 perkara tentang wanita yg lelaki perlu tahu

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
Nuffnang Ads

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
=========================================

Segmen - Pantun Raya Haji/Aidiladha

Syarat-syarat nak join mudah saja :

-Tema pantun : Raya Haji
-Jenis Pantun : 4 kerat
-Hantar 1 pantun cukup
-Tinggalkan url blog di ruangan komen jika sudah siap.
-Due date : 18/10/2013
-Copy gambar di bawah


Reka lah pantun sendiri mengikut kreativiti korang sendiri. Aku tahu korang semua pandai. Kalau kat sekolah dulu tak sempat masuk pertandingan pantun, ni ha aku bagi peluang. Grab lah apa tunggu lagi.

Hadiah yang diberi kepada pemenang :





Lembu kambing dah tak ketahuan hala,
Ayam itik say no way,
Hari raya hari untuk kita bergembira,
AidilAdha now dah on the way.

(◕‿◕)

#sorry ringkas je :) ..

salam aidiladha


Thursday 10 October 2013

yang mana satu korang ??

mana satu korang???...

farah maybe no 8 ..hehe

cara pakai shawl

Tutorial bergambar cara menggayakan Shawl agar kelihatan kemas dan cantik..

YARRA SHAWL

Photo: Tutorial bergambar cara menggayakan Yarra Shawl agar kelihatan kemas dan cantik.

Jangan lupa LIKE & SHARE tutorial ini kepada rakan-rakan anda! Dapatkan shawl ini sementara stok masih ada.

SHAWL RANEEA

Photo: Ramai yang suka Shawl Raneea ini kerana ia cantik, trendy dan berkualiti. 

Ini tutorial untuk menggayakan Shawl Raneea.

Masih ada beberapa warna tetapi dalam stok yang sangat terhad. Klik di sini untuk lihat: http://goo.gl/6Ft82h

============
CARA PEMBELIAN:
============

1) PM kami di http://www.fb.com/messages/TDLKL

2) Hubungi kami di talian 017-6737713 (SMS/Whatsapp).

FRIENDLY REMINDER: Mohon maaf kerana kami tidak dapat nak PM anda. Jadi mohon anda yang berminat PM kami untuk sebarang pembelian atau pertanyaan. Terima kasih.


EISYA SHAWL

Photo: Tutorial bergambar cara menggayakan Eisya Shawl agar kelihatan kemas, cantik & elegan. 

Jangan lupa LIKE & SHARE tutorial ini kepada rakan-rakan anda! Dapatkan shawl ini sekarang sementara stok masih ada.

============
CARA PEMBELIAN:
============

1) PM kami di http://www.fb.com/messages/TDLKL

2) Hubungi kami di talian 017-6737713 (SMS/Whatsapp).

FRIENDLY REMINDER: Mohon maaf kerana kami tidak dapat nak PM anda semua. Jadi mohon anda yang berminat PM kami untuk sebarang pembelian atau pertanyaan. Thanks!

Photo: Tutorial bergambar #2 cara menggayakan Eisya Shawl agar kelihatan kemas, cantik & elegan. 

Jangan lupa LIKE & SHARE tutorial ini kepada rakan-rakan anda! Dapatkan shawl ini sekarang sementara stok masih ada.

============
CARA PEMBELIAN:
============

1) PM kami di http://www.fb.com/messages/TDLKL

2) Hubungi kami di talian 017-6737713 (SMS/Whatsapp).

FRIENDLY REMINDER: Mohon maaf kerana kami tidak dapat nak PM anda semua. Jadi mohon anda yang berminat PM kami untuk sebarang pembelian atau pertanyaan. Thanks!


SHAWL DAMIA

Photo: Ramai yang PM kami untuk kongsikan tutorial Shawl Damia. Jom gayakan Shawl Damia dalam 7 langkah mudah sahaja!

LIKE & SHARE, sebarkan kasih sayang...

SHAWL ADREENA

Photo: Tutorial ringkas pengayaan Shawl Adreena di Hari Raya. Cepat beli sekarang sebelum stock shawl ni habissss!

Harga: RM69 sahaja!
Material: Chiffon
Size: + – 170 cm x 64 cm
Penghantaran: Semenanjung (RM4), Sabah & Sarawak (RM5)

KOMBINASI WARNA: Yeah, ada 10 kombinasi warna semuanya. Tengok semua di album photos kami. Klik https://www.facebook.com/media/set/?set=a.152253214965702.1073741828.144149255776098&type=3

CARA PEMBELIAN: PM kami di http://www.fb.com/messages/TDLKL


JOM KENALI KENTUT ANDA ..HEHE


Jom kenali gaya kentut anda semasa kecil sampai lah dewasa…hehe…sekadar gurauan J ..
Kalau anda tengah tiada kerja, cuba anda semua perhatikan orang-orang yang kentut. Mungkin ini boleh  menjadi objek penelitian anda untuk bahan tesis atau assignment.hehe J
ORANG YANG TIDAK JUJUR :
Jenis yang kentut  tapi menyalahkan orang lain.
ORANG SEWEL :
Orang yang tak sedar yg dia tengah kentut
ORANG SENGSARA :
Orang yang nak kentut tapi tak boleh
ORANG YANG MISTERI :
Jika dia kentut, orang lain tak tau
ORANG GUGUP :
Orang yang tiba2 menahan kentutnya di saat dia ingin kentut
ORANG BANGGA :
Orang yang ingat kentut dia wangi
ORANG SADIS :
Orang yang kalau habis kentut, kentutnya dikibaskan dekat orang lain
ORANG PEMALU :
Orang yang kentut tak berbunyi, tapi  dia terasa diri-sendiri  malu .
ORANG BANYAK IDEA :
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan sengaja ketawa terbahak-bahak
ORANG YANG BERJIMAT :
Orang yang habis kentut, menghirup kentutnya sendiri untuk menggantikan kentutnya yang keluar. ..
ORANG PEMARAH :
Kentutnya yg  sungguh panas berapi.
ORANG SOMBONG :
Orang yang kalau dia terkentut, akan diceritakan kentutnya itu berasal dari restoran mahal
ORANG BOSAN:
Orang yang kalau kentut atau orang lain kentut, riak mukanya sama sahaja seperti tiada apa2 berlaku
ORANG RAMAH :
Orang yang suka mencium kentut orang lain
ORANG YANG AKUATIK :
Orang yang hobi suka kentut di dalam air.
ORANG YANG ATHLETIC :
Orang yang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman
ORANG JUJUR :
Orang yang mengaku bila habis kentut meskipun orang lain tak tanya
ORANG KUAT INGATAN :
Orang yang boleh tahu kentut orang lain dengan bau, bunyi serta kehangatannya.
ORANG MALANG :
Orang lain yang kentut, tapi dia yang selalu kena penangan.
ORANG MUZIK :
Orang yang kentutnya berirama macam  muzik
ORANG INTERNET :
Orang yang bunyi kentutnya macam bunyi modem.
ORANG KERAS KEPALA :
Orang yang jenis  terus balas kentut jika ada orang lain yang berani kentut di depannya

ORANG TAK GUNA :
Orang yang kentut pada orang lain tepat di mukanya.

Monday 7 October 2013

Bila Kawan Lama Call













Kalau farah dapat call daripada member yang memang lama gila tak contact, dalam kepala farah hanya ada empat kemungkinan;

1) Hari tu besday dia, dapat call free.
2) Nak ajak join ape2 game
3) Ajak kenduri kahwin dia.
4) Nak pinjam duit.

Amat jarang sekali orang call sebab saja-saja nak tanya khabar. heee ;)


p/s : sekadar suka-suka :)

copy paste :


 http://comicstriper.blogspot.com/

Sunday 6 October 2013

FIKIRKAN SEKETIKA ..


Koleksi Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus menulis:

MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??

Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

Malu kerana tiada kekasih,
Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

Malu kerana dikatakan alim,
Atau malu kerana dikatakan teruk?

Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

#ANDA MALU UNTUK SHARE PERKONGSIAN INI DI WALL ANDA??

MALU itu perlu.. tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA.. malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya.. jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR, insyaAllah..


p/s : peringatan utk diri sendiri juga :)