Em,boleh saya tahu cik
kerja apa?"
"Akak dulu kos apa
ya,kenapa lari jauh sangat dr kos asal?"
Itu antara dialog yang
biasa saya dengar berkenaan guru tadika. Tak ramai yang memandang penting
profesion ini.Rata-rata masyarakat masih memandang rendah profesion ini.
Bahkan,tidak sedikit guru tadika yang memilih profesion ini semata-mata kerana
tiada pekerjaan lain. Ataupun,sambil menunggu mendapat peluang pekerjaan
lain,bekerja dahulu sebagai guru tadika.
Salahkah?
Tidak.
Itu pilihan
masing-masing.Realitinya,siapa yang akan melepaskan peluang jika boleh
memperoleh taraf hidup yang lebih baik.
Gaji besar.
Kereta besar.
Rumah besar.
Ditambah pula dengan kos
sara hidup yang semakin tinggi. Sewa rumah di kawasan bandar sahaja sudah
mencecah RM800 - RM 1000. Bil api,air? Belanja dapur? Apatah lagi jika sudah
berumahtangga.
Jadi saya berpendapat wajar
jika profesion ini kurang diminati lantaran faktor gajinya.
Namun saya berpendapat
profesion ini sangat penting.Penting dan mendesak.
Kenapa?
Cuba bayangkan,dahulu,sang
suami sudah cukup untuk menjadi 'breadwinner' bagi keluarganya. Tapi
kini,dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,dengan pendapatan suami sekitar
RM2000 bulanan min,si isteri mahu tak mahu perlu turut sama bekerja bagi
menampung ekonomi keluarga.
Anak-anak?
Ya,di sinilah peranan guru
tadika.Tapi sekadar guru tadika tidak mencukupi. Tetapi guru tadika yang
mempunyai jiwa dan minat yang amat mendalam terhadap bidang pendidikan
anak-anak.
Guru tadika
Menjadi guru tadika bukan
semudah yang di sangka.Ada kelayakan yang perlu diambil kira.Jika seorang ibu
perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi dalam mendidik 10 orang
anaknya,maka seorang guru tadika memerlukan kesabaran yang berganda dari itu.
Percaya?
Sang ibu yang mendidik 10
orang anaknya mengenali anak-anaknya.Kesepuluh-sepuluh anak itu keluar dari
rahimnya.Dia menyusukannya,menjaganya sejak kecil.Tetapi jika seorang guru
tadika mendidik 10 anak muridnya,kesemua anak murid itu lahir dari rahim yang
berbeza.Dibesarkan dengan didikan yang berbeza.Mempunyai sifat dan tingkah laku
yang berbeza.
Dan dia perlu mengenali
kesemuanya.Dia berperanan mendidik mereka.Menanamkan nilai dalam diri
mereka.Ibarat melukis di atas batu.Tetapi tugasan ini memerlukan niat yang
jelas.Azam yang tinggi.Tekad yang utuh.Kesabaran yang tidak pernah padam.Gerak
kerja yang tersusun.Tujuan tertinggi tetap Allah.Demi mencetak generasi
rabbani.
Kepada guru tadika
Profesion anda sangat
mulia.Syarat - Niat kerana Allah Taala
Bukan kerana tiada kerja
Bukan kerana mengisi masa
lapang
Bukan sekadar ingin melihat
anak didik boleh membaca.
Justeru,jangan memandang
ringan profesion anda!Bersungguh-sungguhlah dalam menata pekerjaan anda,agar
tersusun rapi dan tercapai objektif!