My Followers

Wednesday, 18 September 2013

40 Mutiara kata daripada Dr. Robiah-Pakar Motivasi


 
Mutiara 1:
Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.
Mutiara 2:
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Mutiara 3:
Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Tuhan.
Mutiara 4:
Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.
Mutiara 5:
Orang dungu hanya tahu setelah terkena.
Mutiara 6:
Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.
Mutiara 7:
Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.
Mutiara 8:
Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.
Mutiara 9:
Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.
Mutiara 10:
Musuh ketat bagi terbaik adalah baik.
Buat betul biar betul-betul.
Mutiara 11:
Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!
Mutiara 12:
Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.
Mutiara 13:
Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.
Mutiara 14:
Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.
Mutiara 15:
Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.
Mutiara 16:
Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun; tanpanya kita terus lena.
Mutiara 17:
Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.
Mutiara 18:
Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.
Mutiara 19:
Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.
Mutiara 20:
Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.
Mutiara 21:
Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas !
Mutiara 22:
Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.
Mutiara 23:
Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.
Mutiara 24:
Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.
Mutiara 25:
Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah?
Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.
Mutiara 26:
Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal?
Jawapannya: Sudut Pandangan!
Mutiara 27:
Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.
Mutiara 28:
Syukur andainya kita boleh bersyukur.
Mutiara 29:
Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.
Mutiara 30:
Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu,
yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini;
yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!
Mutiara 31:
Puppet digerakkan oleh tali.
Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup!
Mutiara 32:
Seorang pendita menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat, ia menemuinya di puncak faham.
Mutiara 33:
Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernah menipu.
Mutiara 34:
Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.
Mutiara 35:
Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.
Mutiara 36:
Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.
Mutiara 37:
Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil,
anak benih dengan tanah, perancangan dengan menuliskannya.
Mutiara 38:
Sedetik menoleh kepada Allah, baru tersedar bahawa selama- lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.
Mutiara 39:
Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberian Tuhan.
Mutiara 40:
Inginkan Tuhan adalah naluri terindah.

No comments:

Post a Comment