My Followers

Monday, 5 January 2015

MEMORY 24.12.2014

24.12.2014 adalah tarikh yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya.Pada tarikh inilah satu bencana banjir besar telah melanda di negeri-negeri Pantai Timur.Saya yang sedang melanjutkan pelajaran di bumi Kelantan dan alhamdulillah saya sempat menghabiskan peperiksaan akhir saya pada petang itu.Saya turut sama merasai dan terperangkap dalam bencana banjir besar ini.Ini adalah perasaan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.Air datang dengan begitu cepat sekali hingga menenggelamkan rumah-rumah penduduk di sini.Rumah sewa saya juga turut di tenggelami air hingga mencecah paras rumah atas.Allahurabbi.Besar sungguh dugaan yang Engkau berikan kepada kami Ya ALLAh hingga pada satu ketika saya sudah hilang semangat dengan kejadian ini kerana tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga saya.Alhamdulillah,saya mendapat kata-kata semangat dari ibu bapa,keluarga,rakan-rakan serta pensyarah.Mereka tidak putus-putus memberikan semangat dan dorongan pada saya untuk redha dalam setiap yang berlaku.

Tidak mampu untuk berkata apa. Terdiam seribu bahasa bila berpeluang melihat sendiri di depan mata. Menitis air mata melihat keadaan mereka disana. Apa agaknya yg bermain di fikiran mereka tatkala melihat rumah sendiri ranap, musnah akibat bencana. Kesedihan mereka sungguh dirasa. Senyuman mereka menunjukkan tanda redha walaupun dalam hati merana. Bantuan dihulur tidaklah seberapa, diharap sedikit sebanyak mengubat hati yg luka. Bertabahlah wahai kalian semua, kerana itu adalah ujian dari yg maha Esa. Dia masih sayangkan kita.Semoga apa yang berlaku ada hikmah yang Allah ingin tunjukkan kepada kita semua.Ujian ini membuatkan agar kita tidak lalai dalam mengingati kekuasaanNya dan kebesaranNya.

#PRAYFOR PANTAI-TIMUR

Keadaan rumah sewa dan kampung saya


Suasana sekitar Kelantan