Siapa yg tidak mahu kulit muka yg cantik,bersih,berseri dan gebu yg pasti nya membuatkan setiap orang tidak kira lelaki atau wanita tertawan ..Walaupun anda menggunakan pelbagai jenis pelembap atau produk kecantikan yg berjenama namun masih ada beberapa tips yg perlu anda amalkan ..
Ayuh kita dapatkan tips-tips untuk memiliki wajah berseri seperti di atas... Jeng Jeng ...
1) BUAH BERI
Biarpun saiznya kecil namun khasiat buah beri sangat banyak kepada si
pemakan..
Berikut adalah beberapa kategori buah beri serta kebaikannya.
Acai Beri
Buah unik ini berasal dari hutan hujan Amazon, dipercayai sebagai salah
satu makanan yang paling berkhasiat di dunia. Ia kaya dengan antosanin
malahan acai beri dianggap sebagai wira di kalangan buah beri kerana
mampu meningkatkan tahap tenaga, kesihatan mental dan sistem imunisasi.
Ia juga membantu menambahbaik penghadaman, peredaran darah dan tidur di
samping membantu mengurangkan berat badan, menjana jantung yang sihat
dan kulit yang berseri-seri.
Blueberi
Pigmen yang terdapat di dalam buah ini kaya dengan khasiat antioksida,
Vitamin C dan E. Buah ini juga mengandungi kepekatan pati antosanin yang
tinggi iaitu sejenis sebatian yang membantu melindungi daripada sakit
jantung, kanser dan gejala penyakit berkaitan usia seperti kabur
penglihatan dan hilang daya ingatan jangka pendek.
Mulberi
Kelebihan mulberi kerana ia merupakan sumber 'resveratrol' yang baik,
iaitu satu bahan yang dipercayai dapat membantu mencegah kanser dan
memanjangkan usia. Ia kaya dengan Vitamin C dan biasanya digunakan untuk
mengubati demam dan selesema.
Mulberi juga digunakan sebagai ramuan dalam ubatan Cina untuk
membersihkan darah dan hati, menguatkan buah pinggang serta pendengaran
dan juga penglihatan. Memandangkan mulberi mempunyai kandungan zat besi
yang tinggi, ia juga digunakan untuk merawat gejala penyakit anemia.
Rasberi
Terkenal dengan identiti manis, wangi dan kaya dengan vitamin dan
fiber. Rasberi membantu memperlahankan proses penghadaman dan
mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi dan seterusnya membantu tubuh
membakar lemak. Rasberi juga terkenal dengan khasiat anti-kanser yang
handal.
Kranberi
Buah ini kaya dengan Vitamin C, kranberi digunakan untuk merawat
jangkitan terutamanya jangkitan pada saluran kencing. Selain daripada
kaya dengan antioksida yang mampu mencegah penyakit jantung, ulser dan
kanser dengan berkesan, buah ini juga membantu merawat serangan asma,
mengurangkan kolesterol dan melindungi otak daripada kerosakan saraf
berkaitan dengan usia.
2)BIJIRIN
Bijirin tampak kecil di mata masyarakat tetapi ia mempunyai banyak manfaat tersendiri sehingga mampu menjamin kesihatan berpanjangan. Antara kebaikan pengambian bijirin adalah :
* Menghalang kemampuan kolesterol untuk melekat pada dinding arteri sehingga mencecah pembentukan plak yang menyempitkan laluan darah ke jantung.
* Pemakanan oat cenderung memiliki indeks jisim tubuh (BMI) di bawah par 25, sekali gus termasuk dalam kategori menyihatkan.
* Pengambilan bijirin seperti oat sehari boleh membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan risiko sakit jantung.
* Satu sajian bijirin sehari boleh membantu mengurangkan berat badan dan mendapatkan pinggang yang lebih ramping berbanding tak memakan bijirin.
* Baik untuk penghadaman.
* Mengenyangkan dan membekalkan banyak tenaga sepanjang masa.
* Membantu mengekalkan keseimbangan tahap gula dalam darah.
* Kandungan seratnya yang tinggi mampu membantu melakukan proses pembebasan gula secara perlahan ke dalam tubuh.
* Makanan yang baik untuk jantung, sekaligus membantu mengelakkan terkena serangan jantung.
3)AVOKADA
Buah ini bukan saja digunakan dalam banyak produk muka,tetapi kulit serta buah avokado sangat tinggi dengan Vitamin B.Niacin (b-3) yg terkandung di dalamnya membantu mendapatkan kulit licin ,sihat ,mengatasi kulit gatal,merah atau bengkak.