Melalui Wikipedia, K-Pop bermaksud “Korean Pop” atau pun “Korean popular music”. Ia sendiri terbahagi kepada beberapa genre muzik seperti pop, bubblegum pop, dance, electronic, electropop, hip-hop, rock dan R&B yang berasal dari Korea Selatan. Dikatakan, moden K-Pop telah bermula pada tahun 1992 apabila munculnya kumpulan “Seo Taiji & Boys” dengan lagu genre dance & rap mereka.
Tarian bertenaga, muzik mengghairahkan, paras wajah yang cantik dan kacak, serta suara yang mampu memikat hati yang mendengar, itu bukanlah satu perkara yang asing bagi peminat-peminat K-Pop di Malaysia.
Sejak beberapa tahun lepas, fenomena K-Pop telah menular hampir ke seluruh peminat muzik tempatan tak kira umur, bangsa, dan juga jantina. Tidak terhad pada muzik, budaya K-Pop juga telah mempengaruhi kreativiti dan fesyen rakyat tempatan.
Di Malaysia, K-Pop mula dikenali menjadi bualan sejak tahun 2008 dilaman-laman sosial dan semuanya bermula apabil kumpulan “Super Junior” mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi single mereka, “Sorry, Sorry” pada tahun 2009. Dari situlah, K-Pop terus berjaya menawan hati peminat-peminat di Malaysia.
Namun apakah sebab sebenar yang betul-betul memikat hati para peminat K-Pop? Adakah kerana muziknya sahaja? Atau kerana populariti K-Pop itu sendiri?
LIHAT SEBABNYA ....
1 ) Paras Rupa
Dimana pun kita berada, paras rupa pasti menjadi daya tarikan utama apabila bertemu seseorang. Umum tahu, para selebriti K-Pop mempunyai paras wajah yang cantik dan kacak. Lihatlah sendiri Choi Si Won dan Kim Hyun Joong yang kacak? Atau mungkin Jiyeon dan Yoona yang comel dan cantik? Siapa yang tidak akan terpikat, kan?
Muzik yang menarik juga adalah sebab mengapa peminat di Malaysia meminati K-Pop. Diisi dengan bunyi bass yang padat dan susunan muzik yang bertenaga, K-Pop mampu membuatkan adrenalin para pendengarnya menjadi laju dan terpengaruh.Muzik yang rancak dan tarian yang bertenaga dikatakan punca Kpop menjadi kegilaan di Malaysia.
Disamping tarian, paras wajah dan juga skil menari, cara pemakaian atau lebih senang dipanggil fesyen juga mempengaruhi peminat K-Pop tempatan. Kebanyakan kumpulan K-Pop memakai pakaian mengikut identiti masing-masing. Dan, mereka semua tahu berfesyen.
4)Muzik video yang menarik
Untuk impresi buat pertama kali, sis percaya anda pasti akan lebih tertarik jika melihat muzik video kumpulan K-Pop. Dengan kualiti dan jalan penceritaan yang ringkas, muzik video K-Pop mampu memikat hati penonton.
5) Pengaruh kawan-kawan
Kebanyakan peminat K-Pop tempatan terdiri daripada remaja berusia 12-18 tahun dan mereka ini kebanyakannya bermula dari pengaruh rakan-rakan. Melalui temubual bersama remaja berusia 16 tahun, “Saya pertama kali dengar lagu K-Pop ketika berumur 14 tahun. Pada waktu itu, siapa saja yang dengar lagu K-Pop nampak sangat ‘cool’.”
So ... Renung renungkan lah ....
No comments:
Post a Comment