My Followers

Friday, 27 September 2013

Peminat Novel


Assalamualaikum uolss ..Ni antara koleksi-koleksi novel yg ibu farah kumpulkan dari dulu sampai sekarang ..Tapi ada setengah daripada koleksi novel ni ada yg orang pinjam ..Jadi Nampak tak banyak laa sangat..Tapi bagi farah ,semua koleksi ibu farah ni memang banyak sampai kadang-kadang tak muat satu almari ..hihihi..Sampaikan farah pon terkejut tengok ..Tapi xpee.Ibu farah pandai "jaga" koleksi novel dia."Diselimutkan",dibungkuskan dengan platik pembalut supaya tak cepat kusam n rosak..Bila nampak je novel dia "terluka" cepat-cepat ibu ambik "first aid"..hihi..I salute u ibu .Ni yg Farah suka ni..Farah pon boleh tumpang sekaki jugak … almaklum laaa …ibu borek,anak rintik(hihi..memandai jee farah tukaq pepatah )..Jangan jeles yaa uolls..

Sekarang nie ibu farah ada sedang hasilkan penulisan hasil tangan beliau ..kalau korang semua nak baca,boleh tekan LINK  ni.Sila bagi sokongan kepada ibu farah okey..tq..sayang korang semua




Thursday, 26 September 2013

Simple Giveaway July-Dec




Assalamualaikum ..Hello uolls ..Jom pakat ramai2 mai join Simple Giveaway July-Dec ..tak rugi pon kalau kita join..untung lagi ada laaa...dapat tambah ramai kenalan .. tak gitu??so,Let's gooooo .....

SATU MASA

 Ada satu masa, kita perlu bersendiri. Baru kita tahu menghargai saat ada orang bersama kita. Dan bila tiba masanya dia hilang entah ke mana, baru kita tahu sejauh mana berharganya dia untuk kita.

Ada satu masa, kita perlu menangis. Baru kita sedar betapa indahnya saat ketawa. Menangis bukan tandanya kita lemah. Menangis bukan tandanya kita putus asa dan tak bahagia. Anggap saja tangisan itu satu cara kita carik kekuatan, kita carik semangat. Kalau rasa nk nangis, nangis je. U will be ok.

Ada satu masa, kita perlu bergelak tawa. Baru kita tahu nilai setitis air mata. Dunia ni indah sangat. Jadi ada kalanya kita perlu buka mata, lihat orang- orang sekeliling kita, hargai mereka, hargai masa- masa yang ada, just enjoy. Sebab bila tiba saat kita bersendiri, kita pasti rindu saat untuk bergelak ketawa.

Ada satu masa, kita perlu senyum. .walaupun dalam hati tak siapa tahu, jgn masamkan muka. Biarkan senyuman meniti di bibir. Tanda kita syukur dengan apa ada..tanda kita menghargai peluang yang Tuhan bagi kerana kita masih boleh melihat dunia. Masih boleh mendengar, bercakap, berjalan, berlari..cukup sempurna!

Ada satu masa, kita ada rasa lemah. Bila ada orang-orang yang menguji kesabaran hati, bila mana dugaan datang bertimpa-timpa. Bila saat dan masa itu tiba, selalu katakan pada diri, ini semua dugaan. Tuhan tidak akan uji kita kalau kita tak mampu hadapinya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ada fadhilatnya. Bila rasa lemah, jangan cepat nak mengalah. Sesudah kesulitan pasti ada kemudahan. Bukankah itu janji Tuhan untuk kita? Jadi percayalah, bila sesekali diri diuji, itu tandanya Tuhan sayangkan kita. Secara halus Dia ingatkan kita, untuk dekatkan diri padaNya.. tadahlah tangan pohon kepadaNya, semoga terus diberi kekuatan dan semangat untuk jalani apa saja ujian dan dugaan. Sesungguhnya Allah sentiasa ada dengan kita dan mendengar doa hamba-hambaNya.

Ada satu masa, kita mahu disayangi dan dicintai. Kita mahukan perhatian dari orang-orang yang kita sayang. Kita mahu cinta kita dibalas. Itu lumrah. Kerana sememangnya Tuhan ciptakan manusia dengan rasa cinta. Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dekat di kepala untuk dijunjung, bukan dekat di kaki untuk dialasi,tapi dekatnya di hati, untuk dicintai dan disayangi. Bila sesekali cinta tak disahut, sayang tak terbalas, jangan mudah melatah. Jangan katakan dunia ini tak adil. Mungkin dia bukan untuk kita dan pastinya ada yang lebih baik yang Allah takdirkan untuk kita. Jangan putus harapan. Teruskan berdoa supaya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Ada satu masa kita rasa rindu sangat. Kalau boleh mahu jumpa orang tu sekarang jugak! Tapi Tuhan kata belum masanya.. Aku latih kamu untuk bersabar. Supaya kamu tahu menghargai bila saat bersama itu tiba nanti. Aku latih kamu dengan rasa susah. Supaya kamu tahu rasa bersyukur bila Aku kurniakan kamu nikmat. Aku biarkan kamu berjauhan supaya kamu terpelihara dari hasutan syaitan, yang pastinya menyesatkan.

TAPI...

Dalam satu masa tu..SETIAP MASA..
Kita perlu rasa syukur. Sebab Tuhan hadiahkan kita dengan bermacam-macam rasa. Tuhan hadirkan kita dengan bermacam- macam orang. Yang ada keistimewaannya yang tersendiri. Yang penting, selalu syukur sebab Tuhan masih pinjamkan kita nyawa. Untuk kita bernafas. Untuk kita nikmati nikmatnya hidup. Berbahagialah dengan apa ada. Dalam masa yang sama, hargailah orang- orang yang masih bersama kita. Sayangi mereka seadanya!


Ada satu masa, kita perlu bersendiri. Baru kita tahu menghargai saat ada orang bersama kita. Dan bila tiba masanya dia hilang entah ke mana, baru kita tahu sejauh mana berharganya dia untuk kita.

Ada satu masa, kita perlu menangis. Baru kita sedar betapa indahnya saat ketawa. Menangis bukan tandanya kita lemah. Menangis bukan tandanya kita putus asa dan tak bahagia. Anggap saja tangisan itu satu cara kita carik kekuatan, kita carik semangat. Kalau rasa nk nangis, nangis je. U will be ok.

Ada satu masa, kita perlu bergelak tawa. Baru kita tahu nilai setitis air mata. Dunia ni indah sangat. Jadi ada kalanya kita perlu buka mata, lihat orang- orang sekeliling kita, hargai mereka, hargai masa- masa yang ada, just enjoy. Sebab bila tiba saat kita bersendiri, kita pasti rindu saat untuk bergelak ketawa.

Ada satu masa, kita perlu senyum. .walaupun dalam hati tak siapa tahu, jgn masamkan muka. Biarkan senyuman meniti di bibir. Tanda kita syukur dengan apa ada..tanda kita menghargai peluang yang Tuhan bagi kerana kita masih boleh melihat dunia. Masih boleh mendengar, bercakap, berjalan, berlari..cukup sempurna!

Ada satu masa, kita ada rasa lemah. Bila ada orang-orang yang menguji kesabaran hati, bila mana dugaan datang bertimpa-timpa. Bila saat dan masa itu tiba, selalu katakan pada diri, ini semua dugaan. Tuhan tidak akan uji kita kalau kita tak mampu hadapinya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ada fadhilatnya. Bila rasa lemah, jangan cepat nak mengalah. Sesudah kesulitan pasti ada kemudahan. Bukankah itu janji Tuhan untuk kita? Jadi percayalah, bila sesekali diri diuji, itu tandanya Tuhan sayangkan kita. Secara halus Dia ingatkan kita, untuk dekatkan diri padaNya.. tadahlah tangan pohon kepadaNya, semoga terus diberi kekuatan dan semangat untuk jalani apa saja ujian dan dugaan. Sesungguhnya Allah sentiasa ada dengan kita dan mendengar doa hamba-hambaNya.

Ada satu masa, kita mahu disayangi dan dicintai. Kita mahukan perhatian dari orang-orang yang kita sayang. Kita mahu cinta kita dibalas. Itu lumrah. Kerana sememangnya Tuhan ciptakan manusia dengan rasa cinta. Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dekat di kepala untuk dijunjung, bukan dekat di kaki untuk dialasi,tapi dekatnya di hati, untuk dicintai dan disayangi. Bila sesekali cinta tak disahut, sayang tak terbalas, jangan mudah melatah. Jangan katakan dunia ini tak adil. Mungkin dia bukan untuk kita dan pastinya ada yang lebih baik yang Allah takdirkan untuk kita. Jangan putus harapan. Teruskan berdoa supaya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Ada satu masa kita rasa rindu sangat. Kalau boleh mahu jumpa orang tu sekarang jugak! Tapi Tuhan kata belum masanya.. Aku latih kamu untuk bersabar. Supaya kamu tahu menghargai bila saat bersama itu tiba nanti. Aku latih kamu dengan rasa susah. Supaya kamu tahu rasa bersyukur bila Aku kurniakan kamu nikmat. Aku biarkan kamu berjauhan supaya kamu terpelihara dari hasutan syaitan, yang pastinya menyesatkan.

TAPI...

Dalam satu masa tu..SETIAP MASA..
Kita perlu rasa syukur. Sebab Tuhan hadiahkan kita dengan bermacam-macam rasa. Tuhan hadirkan kita dengan bermacam- macam orang. Yang ada keistimewaannya yang tersendiri. Yang penting, selalu syukur sebab Tuhan masih pinjamkan kita nyawa. Untuk kita bernafas. Untuk kita nikmati nikmatnya hidup. Berbahagialah dengan apa ada. Dalam masa yang sama, hargailah orang- orang yang masih bersama kita. Sayangi mereka seadanya!

lihat sejenak ......

gambar hati bergerak gambar hati emas bergerak gambar hati bergerak kelap-kelip wallpaper hati kelap-kelip gambar wallpaper hati ber sinar



~adakalanya dalam hidup ini kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa....
dan
adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata...
kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari....~

 sesekali kita perlu DERITAuntuk mengenal erti BAHAGIA...
sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...
sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...
sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...

 dalam jauh sebuah perjalanan, ALLAH amanahkan sebuah perjuangan..terimalah dengan kekuatan...
terkadang sakit yang mendatang..
terkadang teman tak sehaluan..
terkadang cemerlang tak kesampaian..
namun..
kita perlu gah di sisi ALLAH untuk meneruskan perjuangan..

 apabila aku kesepian hiburlah aku dengan suaramu...
apabila aku sakit ubati aku dengan rasa kasih sayangmu..
apabila aku mati, jangan mandikan aku dengan air matamu..
apabila aku terkubur, kuburkan aku dihatimu...
bila aku tersesat, selamatkanlah aku dengan doamu..

 hidup ini susah untuk diduga..
kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang..
tapi sebenarnya jauh....
walaupun kita dapat capai & genggam tangannya,tapi belum tentu hati dia dapat kita selami..
mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa..
tapi kita tak tahu apa di sebalik senyumannya...
bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya..
walhal kehadiran kita langsung tidak dihargai...
rencah dunia...
kita tidak tahu siapa kawan siapa lawan..
sehinggalah sampai masa kita jatuh..
adakah tangan itu menghulurkan bantuan ??atau kita ditinggalkan.....???

 mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa...
mengenali seseorang itu kadang-kadang membuat kita mengalir air mata...
sesungguhnya...
mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa...marah , sedih, gembira, sayang & rindu...
tapi sedarkah kita ??
mengenali seseorang itu adalah satu anugerah
biarpun hadir nya cuma seketika....

 dalam hidup kita,TUHAN akan bagi kita peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul kita sayang...
tapi hanya sekali....
sekiranya kita leka kita akan kehilangannya buat selamanya....
tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya jika kita sendiri tak pernah sedar dan tak pernah cuba untuk menghargai kehadirannya...
mungkin setelah segalanya berlalu baru kita mula sedar dan mungkin kita tak berpeluang untuk memilikinya untuk selamanya....

 kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita tak peduli sayang sangat kat kita..
kadang-kadang kita tak sedar,kita terlampau sayang kat orang, sedangkan dia selalu sakitkan hati kita..
***********************************************************

kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir & kilat...kita bersedih dan tertanya-tanya,ke mana menghilangnya matahari..
rupa-rupanya,ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang sungguh indah.....

 ku minta pada ALLAH, setangkai bunga segar ia berikan kaktus yang berduri..
ku minta pula kupu-kupu ia berikan ulat..
ku sungguh kecewa dan bersedih..
namun tak lama kemudian...
kaktus itu berbunga indah sekali..
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.....

begitulah ALLAH mengasihi kita...kadang-kadang ALLAH tak berikan kepada kita apa yang kita nak kerana ada yang lebih baik untuk kita...

Wednesday, 25 September 2013

Wahai HATI ,,bersabarlah Dikau..


wallpaper lucu bergerak

kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala ujian dugaan itu adalah untuk menguji nilai kesabaran dan tahap keimanan diri seseorang hamba. 

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala ujian dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. 


Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada kalanya pula kita berasa cukup lemah dan hampir mengalah untuk meniti perjuangan kehidupan.Tatkala
 kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. 

Sesungguhnya kita tidak dapat nafikan bahawa ada ketikanya kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam setiap liku-liku kehidupan.Tekanan yang dihadapi ini akan menyebabkan kita mudah berasa hilang semangat untuk meneruskan cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. 


Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita di sini, sehinggakan kita begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga kita dgn beberapa ujian. SubhanaALLAH ..


Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini sama ada dalam kesusahan atau kesenangan ini benar-benar menguji kita sebagai hambaNya..


Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini. 


Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? 


Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya. 

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...''Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... ' 


Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita? 


Subhanallah. Maha suci Allah! 


Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.



 
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita:

Kenapa semua ini terjadi padaku? 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) 

Kenapa terlalu berat ujian ini? 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286) 

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa? 
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139) 
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)


Bagaimana harus ku hadapi semua ini? 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45) 

Apa yang akan kudapat daripada semua ini? 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111) 

Kepada siapa harus aku berharap? 
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129) 

Berimankah aku? 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3) 


Renungi dan redhalah dengan setiap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap pelbagai hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.Amin ...

Kasih ibu kasih ayah

"Kasih seorang ibu kepada anak, walau sedegil mana sekalipun anak itu, kasih seorang ibu itu tetap utuh...Farah tak dapat membayangkan perasaan ibu apabila kehilangan seorang anak dengan keadaan yang tragis dalam sekelip mata" tersentuh hati farah hingga rasa hiba,sayu,,semua ada.... tak dapat farah nak luahkan dengan kata-kata...

farah seorang yang cepat mudah tersentuh apabila perkara itu menyentuh hal kekeluargaan.. tak kiralah cerita drama kat tv ke surat khabar ke buku novel ke, sememangnya farah sgt mudah tersentuh hati dengan isu seumpama ini..... 

kasih  ibu membawa ke syurga kasih ayah bekorban nyawa... setiap patah kata-kata ini,pada farah ianya sangat menusuk ke hati farah... Ya ALLAH.. sesungguhnya.. farah bersyukur atas kurniaan-Mu yang tlah memberikanku seorang ayah dan seorang ibu yang terbaik di dunia dan akhirat... semoga Engkau tempatkan mereka di Syurga-Mu yang indah dan kekal abadi.... AMIN..

Kasih ibu... Kasih ibu.... Kasih ibu... Insan yg bergelar Ibu ini lah yang telah bertarung nyawa  bermati-matian untuk melahirkan kita untuk melihat keindahan dunia ini... tanpa mereka... tiada lah kita... tanpa mereka... terumbang-ambing la kita hidup tanpa kasih sayang dan belaian mesra... mereka mengasuh kita... mendidik kita untuk jadi insan terbaik... insan berguna..Mereka lah yg sabar melayani kerenah kita tatkala kita merajuk,sedih.. Ya ALLAH... Engkau bimbinglah hati kami ini utk menjadi anak yang soleh dan solehah... jadikanla kami ini anak yang dapat berjasa kepada kedua ibubapa kami... bimbinglah kami agar tidak menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa kami... Jauhilah kami dari sifat-sifat anak yang tidak mengenang budi kedua ibu bapa... Ya Allah.. sesungguhnya Engkaula yang Maha berkuasa dan Maha Mengetahui... Ibu.. Engkaula permata hatiku... 

Kasih ayah... Kasih ayah.... Kasih ayah.... setiap keringatmu yang menitik ke bumi tak ternilai harganya... Siang dan malam mencari rezeki dan sesuap nasi utk kami... Setiap permintaan dari kami tak pernah kau endahkan walaupun dalam keadaan susah mahupun senang tetap akan kau kabulkan... begitu besarnya pengorbananmu ayah... Membesarkan dan memberikan kelengkapan yang mencukupi utk kami... Sedaya upaya menyediakan yang terbaik utk kami nikmati.... Ayah... terima kasih atas segalanya... xterbalas segala jasamu ayah....

Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti mempunyai ibu dan bapa. Ibu adalah insan yang mengandungkannya dan melahirkan serta membesarkan kita menjadi insan sempurna. Bapa adalah insan yang selalu bersusah payah demi memenuhi keperluan kita.kasih ibu kepada anak2 tak pernah dibeza2kan....kadang2 anak yg terasa diri dibezakan oleh org tua...kasih ibu dalam memberikan yang terbaik utk anak2 dia...kasih ayah yg sentiasa ambik berat dan bertanya khabar...cuma tidak ditunjukkan...kita anak seharusnya memahami situasi ni...sbb kita akan bergelar IBU BAPA kelak...

Betullah pepatah orang Melayu ada mengatakan, "Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia"....

I LOVE YOU PUAN ZARINI & ENCIK MOHD SALLEH

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya :
” Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan Murka Allah bergantung pada murka kedua ibu bapa”


Hadith Riwayat al-Hakim...

Tuesday, 24 September 2013

" segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013 "





Assalamualaikum ...Jom terjahsegmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013 "... Let's go ....

Monday, 23 September 2013

Giveaway by adkdayah



jOm jOin ramai-ramai,,,,tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia sape yg tahu kan ....

"Tribal Blouse Giveaway"




assalamualaikum ... jom ramai-ramai join segmen contest ni... Let's go.....

Sunday, 22 September 2013

7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya




1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?.
             Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit".
                       
2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita? Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...


SO.... mari kita audit diri kita ,,,,,,,

'Segmen Bloglist Izzri Idris'


Assalamualaikum..hai korang semua..Jom join 'Segmen Bloglist Izzri Idris' beramai-ramai..Lagi ramai lagi best kan ..

Saturday, 21 September 2013

" Segmen 1st Mama "



" Segmen 1st Mama " and first time jugak farah join segmen macm nie ...hee...ok ..Jom pakat ramai-ramai mai join segmen yang Mama anjurkan niey... just clik BANNER SEGMEN 1ST MAMA tu yaa ..selamat bersaing secara sihat .. ;)



tuah ayam nampak di kaki,
tuah manusia siapa yang tahu kan ...heee :)

renungkan seketika ........

"kadang-kadang Allah hilangkan MATAHARI, kemudian DIA datangkan guruh dan petir . puas kita menangis mencari-cari dimana matahari . rupa-rupanya ALLAH mahu hadiahkan kita PELANGI yang indah"

CPUV Pertama dari Nuffnang

CampaignBlogStart DateStatusCTRCTR BonusAmount
Xaxis ROS #0106Farah Liyana Mohd Salleh ^_^22 Jul 2013Credited0.00%0.02


Assalamualaikum and selamat pagi korang semua..Hari nie farah bukak akaun Nuffnang,ada one campaign from Xaxis ROS #0106 .. First time farah dapat CPUV ni..Alhamdulillah .lagipon Farah baru nak berjinak-jinak dlm penulisan blog ni..okeyh laa.. Harap2 rezeki murah ..amin..thanx Encik Nuffnang ..


Terima kasih daun keladi,
Lain kali bagi laa lagi .... heeeee :)

Friday, 20 September 2013

Happy Birthday My Younger Sister

Gambar Bergerak Ucapan selamat ulang tahun yang lucu



To my beloved younger sister,Farah Amalina bt  Mohd Salleh…..

Before the clock strikes twelve let me take the opportunity to let you know that you have grown a year more…SELAMAT HARI LAHIR YG KE 19 TAHUN..semoga Adik Amalina di panjangkan umur,sihat selalu…Semoga berjaya dalam kehidupanmu di dunia dan akhirat..Semoga menjadi anak yg solehah di sisi kedua ibu bapamu …Amin ..
                               



Somebody up there Loves you
Somebody down here cares for you   




30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM -----------------------------------------------



 1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.


Thursday, 19 September 2013

ADAB PADA HARI JUMAAT




Seringkali umat islam menganggap hari Jumaat adalah sama dengan hari-hari selainnya. padahal banyak sekali riwayat hadits yang menjelaskan keistimewaan hari Jumaat..

Kelebihan (Fadhilah) Hari Jumaat:

“Sebaik-baik hari dimana matahari terbit adalah hari Jumaat, pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itu ia dimasukkan ke surga dan pada hari itu pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan Kiamat pun tidak akan terjadi melainkan pada hari Jumaat” (HR. Muslim, Abu Daud, Nasa’i, Tirmidzi)

Apakah yang disunatkan kepada kita untuk lakukan pada hari Jumaat?

1. Banyak berdo’a

“Pada hari Jumaat, ada satu saat dimana tidak seorang muslim pun yang memohon suatu kebaikan kepada Allah di saat itu melainkan Allah pasti akan mengabulkan permohonannya, dan itu adalah sesudah solat Asar” (HR. Ahmad)

2. Banyakkan bacaan selawat

“Harimu yang paling utama adalah hari Jumaat .. kerana itu perbanyaklah membaca selawat keatasku, kerana sesungguhnya bacaan selawatmu akan disampaikan kepadaku..” (HR. Bukhori, Muslim, Abu Daud, Nasa’i)

3. Membaca Surat Al-Kahfi

“Barang siapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diberi cahaya yang dapat meneranginya diantara dua hari Jumaat” (HR Nasa’i, Baihaqi, dan Hakim)

4. Mandi dan memakai wangian

“Adalah kewajiban atas setiap muslim untuk mandi, memakai wangi-wangian, dan menggunakan siwak (sugi) pada hari Jumaat” (HR. Ahmad)

5. Bersegera menuju ke masjid

“Sesungguhnya manusia itu di hari kiamat akan duduk beurutan menurut kesegeraan mereka dalam pergi ke masjid untuk solat Jumaat, yakni yang pertama, kedua, ketiga, keempat, sedangkan yang keempat itu tidaklah jauh dari Allah” (HR. Ibnu Majah)

6. Solat sunat sebelum masuk waktu solat Jumaat.

“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat dan datang ke masjid untuk solat Jumaat, kemudian solat sunat semampunya, kemudian mendengar khutbah hingga selesai, kemudian solat secara berjemaah, maka diampunilah dosa-dosanya yang ada di antara Jumaat itu dan Jumaat berikutnya dan ditambah lagi tiga hari” (Shohih, HR. Muslim)


Wallahua'lam :)

DEAR DIARIES,

   I always thought that everything happens for a reason. But sometimes reasons are not enough to explain why everything happened.You never know how strong you are until being strong is the only choice you have.Don't quit because something went wrong. Quit because you tried your hardest and nothing made it better.Sometimes the best way to be happy is to learn to let go of things you tried hard to hold on to.Saying that you're okay is so much easier rather than explaining all the reasons why you're not.Face the reality not fantasy.Sometimes we are afraid to face the future now related to the past .. because in the past it had been a mistake .Insya-Allah ,everything will be okey if i face my future in a long journey in my life.

Wednesday, 18 September 2013

KATA NASIHAT KEBAIKAN

1.   Rasulullah SAW menyuruh kita berhati-hati memilih kawan, sebab kawan itulah yang mempengaruhi kita tuju ke arah kebaikan atau keburukan.

2.  ~ Sebenarnya... Semua WANITA Islam tahu menutup AURAT.
~ Sebenarnya... Semua LELAKI Islam tahu BATASAN auratnya.
~ Sebenarnya... Semua orang tahu KIAMAT itu akan tiba nanti.
~ Sebenarnya... Semua orang tahu tentang DOSA & PAHALA.
~ Sebenarnya... Semua orang tahu NERAKA & SYURGA itu ada.
~ Sebenarnya... Semua orang TAKUT b'cakap pasal azab neraka.

*Cuma...

~> Sebenarnya.. RAMAI ORANG BUAT TAK TAHU!!

3.  “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim, no. 7118).

4.  Kelemahan wanita ialah suka mendedahkan aurat. Kelemahan lelaki suka melihat aurat yang terdedah itu.

5.  Forgive everyone, regret nothing. Never feel bad doing something good. Life is too short for hatred and revenge.

6.  Jika jatuh berdiri lagi. Jika kalah mencuba lagi. Jika gagal bangunlah lagi. Sampai Allah memanggil waktunya kembali.

7.  Ya Allah, bimbinglah telinga ini hanya mendengar kebaikan. Jangan biarkan pendengaran ini mendengar berita kotor atau pembohongan.

8.  Ingat mati! Ingat mati! Ingat mati! Kerana mati itu adalah pasti. Semua orang akan merasai kematian. Kita semua Bakal Jenazah.

9.  Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah. Jatuh bangun, dibelenggu masalah, itu perkara biasa. Teruskan melangkah. Kan ada Allah.

10.      Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya.

11. Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita.

12.      Tak perlu bersusah payah memikirkan cara untuk membalas dendam, cukup maafkan kesalahannya. Kerana memaafkan adalah cara membalas yang terpuji.

13.      Jangan pertikaikan Kenapa Allah masih belum bagi kau bahagia. Jangan. Mungkin Dia sedang merencanakan sesuatu yang indah untuk kau & untuk aku jua.

14.      Membahagiakan kedua-dua ibu bapa dengan hasil usaha kita sendiri adalah hal yang paling terindah & bermakna bagi seorang anak.

15.      Sampai satu saat nanti Allah bagi petunjuk. Mana yang betul dan mana yang salah. Kebenaran pasti menang. Yakini itu.

16.      Hari ini kita mungkin gembira dikelilingi insan yang kita sayang. Bahagia. Kelak, kita pasti akan berasa sunyi, bila mereka meninggalkan kita.

17. Saat kamu sakit, orang pertama yang akan risau tentang situasi itu adalah IBU kamu. Seorang IBU tidak tidur lena saat kamu sedang sakit

18.      Selangkah kita rapat dengan Tuhan, seribu langkah Dia rapat dengan kita. Selangkah kita jauh dari Dia, seribu peluang Dia bagi pada kita.

19.      MATI bukanlah perkara yang perlu ditakuti. MATI adalah salah satu perkara PASTI yang perlu sentiasa kita ingati.

20.     Mereka lihat si wanita tu lemah kerana air matanya. Sedang mereka lupa. Air mata itu juga adalah punca kekuatan seseorang wanita.

TIPS HILANGKAN RESAH



Ketika hati risau, sedih, banyak masalah, bacalah sebanyak-banyak nya di setiap waktu:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Yaa Hayyu Ya Qoyyum Birahmtika Astaghiitsu

“Ya Allah, Yang Maha Hidup lagi Maha kekal, dengan rahmat Mu aku mohon pertolongan.” (HR. Tirmidzi)

Jangan susah, jangan bibir sulit berzikir, baik ketika senang ataupun susah, karena Allah senang mendengar semua doa.

DOA MENGELAK SIHIR


40 Mutiara kata daripada Dr. Robiah-Pakar Motivasi


 
Mutiara 1:
Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.
Mutiara 2:
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Mutiara 3:
Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Tuhan.
Mutiara 4:
Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.
Mutiara 5:
Orang dungu hanya tahu setelah terkena.
Mutiara 6:
Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.
Mutiara 7:
Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.
Mutiara 8:
Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.
Mutiara 9:
Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.
Mutiara 10:
Musuh ketat bagi terbaik adalah baik.
Buat betul biar betul-betul.
Mutiara 11:
Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!
Mutiara 12:
Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.
Mutiara 13:
Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.
Mutiara 14:
Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.
Mutiara 15:
Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.
Mutiara 16:
Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun; tanpanya kita terus lena.
Mutiara 17:
Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.
Mutiara 18:
Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.
Mutiara 19:
Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.
Mutiara 20:
Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.
Mutiara 21:
Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas !
Mutiara 22:
Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.
Mutiara 23:
Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.
Mutiara 24:
Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.
Mutiara 25:
Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah?
Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.
Mutiara 26:
Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal?
Jawapannya: Sudut Pandangan!
Mutiara 27:
Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.
Mutiara 28:
Syukur andainya kita boleh bersyukur.
Mutiara 29:
Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.
Mutiara 30:
Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu,
yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini;
yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!
Mutiara 31:
Puppet digerakkan oleh tali.
Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup!
Mutiara 32:
Seorang pendita menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat, ia menemuinya di puncak faham.
Mutiara 33:
Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernah menipu.
Mutiara 34:
Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.
Mutiara 35:
Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.
Mutiara 36:
Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.
Mutiara 37:
Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil,
anak benih dengan tanah, perancangan dengan menuliskannya.
Mutiara 38:
Sedetik menoleh kepada Allah, baru tersedar bahawa selama- lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.
Mutiara 39:
Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberian Tuhan.
Mutiara 40:
Inginkan Tuhan adalah naluri terindah.