- Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran
mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi
dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan
dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
|
- Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh
keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk
menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila
diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
|
- Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi
kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
|
- Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati
orang yang bijaksana ada di hatinya
|
- Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan
seringya ia menitik
|
- Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong
akan menghasilkan kegelapan
|
- Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat
ianya datang menghampiri kita…
|
- Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan
imejna
|
- Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa
menodai keaslian pantai itu
|
- Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup
dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan
air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau
pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
|
- Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat
satu kejian
|
- Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras
dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih
halus dari sutera
|
- Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging
daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
|
- Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa
mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
|
- Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih
baik daripada tidak memberi sama sekali
|
- Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan
membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang
pernah mengalaminya
|
- Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
|
- Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam
sahaja
|
- Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan
datang
|
- Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
|
- Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat
tidak pernah bertemu
|
- Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci
kekotoran hati
|
- 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama
lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
|
- Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh
kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain
tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
|
- Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia.
Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
|
- Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa
pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat
dosa atau terhukum kerana sumpah itu
|
- Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah
tersenyum ketika menghadapi kerugian
|
- Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu
perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan
belanja yang kecil
|
- Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita
tetapi menakluk salah seorangnya sahaja
|
- Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan
mengecap bahagia
|
- Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi
bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
|
- Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap
seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
|
- Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan
berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan
suka bekerja sama di antara satu sama lain.
|
- Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria
indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
|
- Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari
pengetahuan
|
- Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang
yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula
seleranya
|
- Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
|
- Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan
kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
|
- Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
|
- Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji,
berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
|
- Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak
sehaluan
|
- Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang
menimpa di musim panas
|
- Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau
selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
|
- Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah
pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang
bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
|
- Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut.
Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata
lembut
|
- Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di
tengah- tengah pipi masyarakat
|
- Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
|
- Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian
menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah
hidup memeberi erti yang nyata
|
- Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu
lalu dibalas dnegan buah
|
- Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu
jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi
pelajaran
|
- Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai
tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu
|
- Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan
sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali
|
- Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan
dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah
martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa
|
- Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata
adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah
perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa
diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda
|
- Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri
dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal.
Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur
kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
|
- Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk
diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu
kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada
kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan
|
- Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan
perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan
perempuan cantik atas dasar akhlaknya
|
- Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan
keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu
panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat
mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan
|
- Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam
yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat
|
- Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam
yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu
dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
|
- Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang
paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih
terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah
|
- Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri
baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya
penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana
yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat
|
- Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya
|
- Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk
ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada
persoalan
|
- Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah
|
- Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran
|
- Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat
daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat
|
- Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di
depan orang tuli
|
- Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak
itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang
dan berpanjangan
|
- Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya
cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling
utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang
|
- Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian.
Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang
berhak menyelesaikannya
|
- Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu
penyeksaan yang tidak berkesudahan
|
- Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami
kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan
kegembiraan pula belum berputik
|
- Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan
manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita
simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita
tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari
esok yang merupakan suatu penyeksaan
|
- Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata
kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar
orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan
lawan
|
- Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada
bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan
akan tetap kekal
|
- Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar
belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus
dimakan dikhuatiri beracun
|
- Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah
kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya
berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan
|
- Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana,
menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri.
Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias
berpanjangan
|
- Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata
kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun
|
- Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan
akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi
dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
|
- Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa
pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu
abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
|
- Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup
jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran
|
- Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain
|
- Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit
pagi besoknya
|
- Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya
apabila dedaun berguguran
|
- Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat
|
- Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah
pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat
|
- Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah
kemanusiaan
|
- Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap
insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang
dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh
|
- Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang
mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup
|
- Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan
jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya
dengan secukupnya
|
- Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila
ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan
jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca
bala.
|
- Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya
seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
|
- Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak
belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
|
- Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata
terbuku, belum bererti ia melihat
|
- Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi
|
- Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi
wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira
|
- Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup
|
- Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan
mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita
nantikan berhasil
|
- Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan
|
No comments:
Post a Comment