Subhanallah walhamdulillah
wa la ilaha illalllah wallahu akbar.
-Betapa
banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi
menyebutnya..
-Ketahuilah…. bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia., ia tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah sehinggalah hari kiamat….
-Sedangkan makhluk Allah yang kecil itu bersungguh-sungguh tanpa penat berzikir memuji Allah..
-Terima kasih Allah kerana mengingatkan aku supaya tidak lupa kepadaMu

-Janganlah
kita sebagai manusia berat hendak melafaz tasbih, tahmid, tahlil dan
takbir sebagai tanda kita bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah bagi pada
kita...
-Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca
subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana
semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari
pohon". (HR Ibnu Majah)
Cerita disebalik zikir ini:
1)Kalimah Subhanallah
Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”
2) Kalimah Alhamdulillah
Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebutAlhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).

“Kemudian
malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan.
Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.
3) Kalimah Laa illaha illallah
“Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”

“Lalu berkata
malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami
abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk
menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.”
“Para malaikat
mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as.
4)Kalimah Allahu akbar
Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).

“Apabila Nabi
Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan
kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar,
kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah
kepadanya.
Berkata para
malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar.Kemudian para
malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimahsebelumnya menjadi: Subhanallah,
Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.”
5) Kalimah Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
5) Kalimah Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
“Ketika malaikat
Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, bagindamerasa kagum dan
terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyilaziem.”
Kemudian Jibril
as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadiSubhanallah,
Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar, Walaa haula Wala
quwwata illa billahil aliyil aziem.
No comments:
Post a Comment