Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang
paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan
itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji
Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang
paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban
itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun
keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab
itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = ” Apa yang
paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban
itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka
kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke
neraka.”
IMAM GHAZALI” Apa yang paling
berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu
benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah
SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia
dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang
paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban
kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN
SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang
paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak
menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar,
tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui
lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya
sendiri “
No comments:
Post a Comment