My Followers

Wednesday, 2 October 2013

SAYA SAYANG MALAYSIA






Saya sayang MALAYSIA

Saya sayang keharmonian rakyatnya. Berbilang kaum tanpa mengira darjat dan bangsa.

Saya sayang perayaan kaum kita di dalam Malaysia. Unik. Baik Melayu,Cina,India dan Lain-lain..semua  orang menyambut bersama-sama seakan-akan kita semua ini satu keluarga.

Saya sayang keamanan Malaysia. Keluar masuk rumah tanpa ada pertumpahan darah. Saya sedih dengan nasib rakyat2 di negara lain yg sedang dalam kancah peperangan. Syukur saya dilahirkan  di Malaysia yg sentiasa aman,damai..

Saya sayang barang2 Malaysia. Saya bangga dengan ciptaan anak tempatan. Paling tidak sudah menembusi pasaran luar. Proton, Dato Jimmy Choo, Dato Michelle Yeoh, Dato Siti Nurhaliza, Dato Lee Chong Wei..saya gembira dengan pencapaian kalian!

Saya suka makanan Malaysia. Celik mata aje, sudah ada makanan. Makanan yg pelbagai pilihan sampaikan kadang2 kita rambang mata utk memilihnya sepeti nasi lemak,kuih tradisional.. Perkhidmatan 24 jam lagi! Warna warni dan paling penting sedap-sedap belaka!

Saya sayang keperihatinan Malaysia. Lekas memberi bantuan pada yang memerlukan. Hantar misi bantuan tidak kira dimana saja. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Saya sayang bendera Malaysia. Saya letakkan antara tertinggi dalam hidup saya.Sejak kecil melihat bendera itu berkibar di mana2 sahaja tanpa rasa jemu.Bahkan saya seronok melihat kibaran JALUR GEMILANG yg gah berkibaran di serata tempat.Dan setap kali Negaraku dimainkan, saya hormat berdiri-menyanyi bersama.

::: 

Perjuangan yang lepas usahlah kalian abaikan. Imbaulah kembali saat getir orang terdahulu dalam membina negara selesa yang kita duduki sekarang ini. Ya..mungkin ada perselisihan faham antara kita, tak kira soal politik, sosial atau apa sahaja.Tugas kita yang muda ini, peliharalah nuansa kemerdekaan yang kita sudah perolehi dari penjajah. Mungkin konsep 'jajahan' sekarang sudah berbeza. Itu hakikat yang kita harus akui. Bersatu, saling menghormati, toleransi serta kerjasama dapat memupuk semangat nasionalisme antara kita, sesama kita:) 

Saya sayang MALAYSIA 


Anda bagaimana??

No comments:

Post a Comment