My Followers

Thursday 28 August 2014

ketika kita MENGELUH



 


Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot… ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ” (QS 36 : 82).

Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat … ”.
اَللّهُ menjawab : “ … dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9). …

Ketika kita mengeluh :… “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku … ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

Ketika kita mengeluh : “ pe aku buat ni semua sia-sia … ”.
اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku … ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat… ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).


Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hati kita.

Jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang lain



لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎
Sekadar ingin meluahkan:

Orang kata jangan terlalu baik nanti orang pijak..
tapi kalau tak baik nanti orang anggap kita kejam pula..
dekat dunia ni macam-macam orang ada..
ada yang hanya baik ketika nak sesuatu dari seseorang sahaja
bila dah dapat sesuatu terus tak ingat dah
ada pula yang ambil mudah dengan kebaikan orang lain..
Licik sangat,pandai nya..
Kita berikan bantuan tapi orang pergunakan kita..sebab bantu membantu
 itukan amalan yang Allah suka..
kalau kita ikhlas dapat pahala..
cuma bila tahu kita dipergunakan untuk kesenangan orang lain..
Itulah..ada rasa dipergunakan tu..aishh..buat sedih jelah...
Tak apa lah biar lah Allah tahu niat kita..
Biarlah ikhlas hati kita membantu bukan kerana balasan..
walaupun telah dipergunakan..jangan lah marah..
Biar sahaja Allah membalasnya..
Semoga kita tidak buat begitu kepada orang lain..
biar kalau boleh kita muhasabah diri selalu,,
Jangan gunakan kebaikan orang lain untuk kesenangan diri kita sendiri..
KITA TAK TAHU BILA ALLAH BALAS BALIK..
Baru tahu rasa kita..

p/s :(/_\) Dear Allah, i hope this experience never made me give up to help other people..Thanks for giving me a lesson on which people i can lie on to and which people just take advantage to me..
#kebaikan dipergunakan
orang lain untuk kepentingan mereka sendiri....

Tak apalah..sekadar peringatan.. :)

Kerjaya sebagai GURU TADIKA

 

Em,boleh saya tahu cik kerja apa?"

"Akak dulu kos apa ya,kenapa lari jauh sangat dr kos asal?"
Itu antara dialog yang biasa saya dengar berkenaan guru tadika. Tak ramai yang memandang penting profesion ini.Rata-rata masyarakat masih memandang rendah profesion ini. Bahkan,tidak sedikit guru tadika yang memilih profesion ini semata-mata kerana tiada pekerjaan lain. Ataupun,sambil menunggu mendapat peluang pekerjaan lain,bekerja dahulu sebagai guru tadika.

Salahkah?

Tidak.

Itu pilihan masing-masing.Realitinya,siapa yang akan melepaskan peluang jika boleh memperoleh taraf hidup yang lebih baik.

Gaji besar.

Kereta besar.

Rumah besar.

Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Sewa rumah di kawasan bandar sahaja sudah mencecah RM800 - RM 1000. Bil api,air? Belanja dapur? Apatah lagi jika sudah berumahtangga.

Jadi saya berpendapat wajar jika profesion ini kurang diminati lantaran faktor gajinya.

Namun saya berpendapat profesion ini sangat penting.Penting dan mendesak.

Kenapa?

Cuba bayangkan,dahulu,sang suami sudah cukup untuk menjadi 'breadwinner' bagi keluarganya. Tapi kini,dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,dengan pendapatan suami sekitar RM2000 bulanan min,si isteri mahu tak mahu perlu turut sama bekerja bagi menampung ekonomi keluarga.

Anak-anak?

Ya,di sinilah peranan guru tadika.Tapi sekadar guru tadika tidak mencukupi. Tetapi guru tadika yang mempunyai jiwa dan minat yang amat mendalam terhadap bidang pendidikan anak-anak.
Guru tadika

Menjadi guru tadika bukan semudah yang di sangka.Ada kelayakan yang perlu diambil kira.Jika seorang ibu perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi dalam mendidik 10 orang anaknya,maka seorang guru tadika memerlukan kesabaran yang berganda dari itu.

Percaya?

Sang ibu yang mendidik 10 orang anaknya mengenali anak-anaknya.Kesepuluh-sepuluh anak itu keluar dari rahimnya.Dia menyusukannya,menjaganya sejak kecil.Tetapi jika seorang guru tadika mendidik 10 anak muridnya,kesemua anak murid itu lahir dari rahim yang berbeza.Dibesarkan dengan didikan yang berbeza.Mempunyai sifat dan tingkah laku yang berbeza.

Dan dia perlu mengenali kesemuanya.Dia berperanan mendidik mereka.Menanamkan nilai dalam diri mereka.Ibarat melukis di atas batu.Tetapi tugasan ini memerlukan niat yang jelas.Azam yang tinggi.Tekad yang utuh.Kesabaran yang tidak pernah padam.Gerak kerja yang tersusun.Tujuan tertinggi tetap Allah.Demi mencetak generasi rabbani.

Kepada guru tadika

Profesion anda sangat mulia.Syarat - Niat kerana Allah Taala

Bukan kerana tiada kerja

Bukan kerana mengisi masa lapang

Bukan sekadar ingin melihat anak didik boleh membaca.


Justeru,jangan memandang ringan profesion anda!Bersungguh-sungguhlah dalam menata pekerjaan anda,agar tersusun rapi dan tercapai objektif!

  

Sunday 24 August 2014

i love it


feeling wonderful :)
_indahnya pemandangan masjid di hadapan rumah bila tiba senja :)
_subhanaAllah ...