My Followers

Friday 6 December 2013

mari zikir harian..tak rugi pun





Amalan zikir membawa ketenangan hati . Zikir ini merupakan amalan Imam Ghazali, di bukakan barakah Ilahi mohon syafaat para Nabi ..

ZIKIR HARI JUMAAT
YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH
"Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan meras kelazatan zikrullah"

ZIKIR HARI SABTU
LAA ILA HA ILLALLAH
"Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya"

ZIKIR HARI AHAD
YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM
"Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita."

ZIKIR HARI ISNIN
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM
"Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya"

ZIKIR HARI SELASA
ALLAH HUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LAA AALII MUHAMMAD
"Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat"

ZIKIR HARI RABU
AS TARG FIRULLAH HAL A’ZIM
"Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberikeampunan hambaNya."

ZIKIR HARI KHAMIS
SUBHA NALLAH HIL A’ZIMI WA BI HAMDIH
"Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah"

Saturday 30 November 2013

Muhasabah diri..



Kita rasa diri dipinggirkan??
Semak semula hubungan kita dengan Allah. 





IBU




~~ jangan kita abaikan ibu kita~~~ sunguh banyak pengorbanannye~~ tak terbalasbudi seorang ibu ~~ sayang ibu~~ 

Friday 29 November 2013

BeringatLah Wahai Muslimin Dan Muslimat

jadikan semua anggotamu MEMINTA.



Kita selalu terlepas pandang.Jangan pandang remeh, kalo nak minta ngan manusia pun kita bersungguh2 nak, minta dengan Tuhan apatah lagi..

Ubah paradigma!



Rasa menyampah bila sahabat kita ingin berubah. rasa dirinya bajet bagus, berlakon, dan hipokrit.

tahukah kau manusia bahawa Allah sndiri pernah bg statement dlm surah As Syams ''beruntung bagi siapa yang mensucikan hatinya, dan merugi bagi yang mengotorinya..?''

anda kau benci, jangan kau sinisi, kerana itulah fitrah manusia yg sebenar. kembali kepada Penciptanya. Jika benar bukan kita yg ingin berubah, jangan pula kita menghalang niat baik org lain.

Hipokrit..? bajet bagus..? apa kau kira bahawa kau adalah Tuhan untuk bg judgement siapa yg benar2 ikhlas mmbersihkan jiwa dan siapa yang tidak. itu bukan urusanmu. itu urusan antara dia dan Tuhanmu.

dan lupakah kau pada ikrar syaitan itu: ''Aku BENAR2 akan menghalang mereka dari jalanMu yang lurus!'' (7:16)

kepada yang sedang berada di dalam proses mengubah diri, percayalah, kau mungkin kehilangan mereka, tetapi kau masih ada segalanya kerana kau masih bersama Tuhanmu. Sumpah tak tipu mmg kita akan merasa asing, diasingkan dan disindir. percaya dengan kata Rasulmu “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim)

jd remaja yang luarbisa Ohsem dengan agama seperti yg dikatakan oleh saidina Ali. ''Allah suka kepada org tua yang bertaubat. tetapi Allah CINTA kepada org muda yang kembali pada Tuhannya.''

Tanya dirimu, tidakkah kau kepingin menjadi remaja yang Ohsem itu..? :') Sumpah kau beruntung!

kau punya redha Allah, kau punya segalanya 

ilmu :)




Thursday 28 November 2013

AllahuRabbi, Bersyukurlah sahabat

Photo: Saat kita sedang makan dengan penuh selera & diselang selikan dengan ketawa di restoran mewah, kita lupa ada yang sedang menahan lapar sehingga menitiskan air mata di kaki-kaki lima sehingga mereka tertidur dengan harapan agar kelaparan itu dapat dilupakan buat seketika. 

AllahuRabbi, Bersyukurlah sahabat
Saat kita sedang makan dengan penuh selera & diselang selikan dengan ketawa di restoran mewah, kita lupa ada yang sedang menahan lapar sehingga menitiskan air mata di kaki-kaki lima sehingga mereka tertidur dengan harapan agar kelaparan itu dapat dilupakan buat seketika. 

Tuesday 26 November 2013

berbuat baik dengan binatang



"Cuba kita bertukar tempat sekejap menjadi kucing bagaimana rasa bila nak mintak makanan dari manusia. Ingatlah binatang ni tiada duit nak beli nasi lemak, kasihan dia. Salah satu cara nak dimurahkan rezeki ialah dengan memberi makan pada binatang. Jangan dihalau kucing yang mari ke rumah kita tu. Sedekah lah sikit makanan kepada mereka. kalau kucing mari ke rumah, Saya akan bagi makanan ..

Mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis

kasih ibu membawa ke SYURGA ;)

~Sentiasalah berzikir mengingati Allah, semoga imanmu terpelihara...



Dari Fudhalah ibn Ubaid r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang mujahid itu ialah orang yang berjihad keatas dirinya sendiri iaitu berjihad daripada mengikuti hawa nafsu yang bertentangan (dengan agama)
-HR Tarmizi



ingat !



we're so careful for what's into the mouth, but not what's out of the mouth:(

sedangkan dua-dua Allah tanya nanti.

Wednesday 20 November 2013

Loqhat utaqa the BEST ;)

# Mentekedarah = menjamu selera dengan kuantiti yg banyak/tamak tanpa peduli hak orang lain 

# Makan = menjamu selera dengan beradab/sopan

# Mencekik = menjamu selera dengan gelojoh/pantas sampai tercekik

# Melantak = menjamu selera dgn tidak semawa/peduli/mengajak orang lain

# geyqhek = basikal 

#  toksah = jangan / tak payah / usah

# beqhemba = berlumba / bersaing

# gaon = cerun

# tetomoih = tersungkur / tersembam

#  qhabit = koyak / luka berdarah

# Cheq = I | me | saya | aku

# Hang = you | kamu | awak | anda

# Depa = they | mereka 

# Hampa = guys | kalian | sekumpulan manusia

# Hang pasai apa? = Kamu kenapa?

# hang jangan nak meqhenyeh sangat tang ni! = kamu jangan nak menggatal sangat dekat sini! 

 # Baloq liat/penyegan -->> malas

# Katik/kemetot -->> kecil/rendah

# Contiang -->> lukis

# Terpedo-pedo -->> Control cun @ ensem/ terlalu hati-hati...

# Hemoi -->> muka tak malu

# BELAHAK – sendawa

# BUAIH – buas / terlampau aktif (bagi kalangan kanak2)

# TOKAK - gigit

# TOK SAH - x perlu / x payah

# CONTIANG – Conteng

#PANAIH LIT-LIT – terlalu panas

# te-ghe-yak : menangis yang sangat dasyat

# ge-ghit : gigit dengan ganaz

# ke-le-piaq --> mengibas tangan dgn cepat

# ce-ngey --> garang

# la-ngut --> dongak

# tok-tenun --> mentadak

# me-nyo-ghok --> sarapan / sembunyi

# be-ghin-ghot --> bergoyang

# rha-gaih --> panjat

# ka-waq --> pencuri



P/s : Kan sempoyy kalo signboard2 kt jalan sbelah "perlis, kedah, penang & perak utara" nie depa tulis dlm loghat utaqa ja suma... Tp nnti mesti mat2 saleh dgn minah2 saleh pening kpala pulak kan??!! cntoh : "excuse me, where is menaqa aloq staq and ayeq teqejun titi hayyunned" mercikk aihh klo lagu tu... hahahaha

Monday 11 November 2013

mudahnya berdakwah :)

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu,
bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu,
bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah,
maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
~Hassan Al Basri~

3 saat jee..

Thursday 7 November 2013

ada apa pada SOMBONG ??

untuk renungan bersama :)




Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
 Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
 Membaca quran sehingga menitis air mata.
 Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

~< orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur :
 Anak
 Ayah
 Ibu
 Suami

sekadar hiburan



farah buat macam tu bila ikan or ayam meletup time dok goreng..hihi

Sunday 27 October 2013

sederhana indah



Ada kalanya, kita sukar sangat nak lihat hikmah atas tiap kejadian, atau musibah. Kita senang cakap ; semua musibah benda ada hikmahnya. Tapi bila kena batang hidung sendiri, kita ada kalanya marah pada Allah.

Sebenarnya hikmah itu kita dapat lihat melalui ukuran keimanan kita. Kalau kita ni hamba yang kurang beriman, kita akan nampak musibah tu sebagai denda, sebagai hukuman. Kalau kita ni hambayang bersyukur, sabar, ikhlas dan redha, kita akan lihat musibah tu sebagai sesuatu yang positif.

Sangat!

Contoh.

Putus cinta. *senyum lebar*

Punya la kita menangis. Sedih. Patah hati. Walhal cinta tu, apalah sangat. Sekadar cinta. Cuba fikir. Nasib baik putus cinta, kalau putus tunang? Dan kalau tunang pulak, nasib baik putus tunang, kalau putus kahwin? Dan bila kahwin, kalau putus kahwin, mesti, mesti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. Mesti, ada sesuatu yang lebih baik yang Allah nak bagi.

Ummu Salamah kehilangan suami dan redha. Apa yang Allah bagi kat Ummu Salamah sesudah itu? Allah jadikan dia, isteri kepada Rasululllah SAW. Bukan ke tu perkara yang paling baik untuk dia?

Macam tu la semua perkara.

Sometimes we fall. Tapi adakah Tuhan sengaja nak gelincirkan kita? Tak. Semua tu, sebab kita terlalu selesa dengan iman kita. Kita ingat, iman kita dah cukup elok. Tapi rupanya, Allah datangkan ujian, seperti ujian hati, untuk lihat betul ke iman kita ni cukup kuat? Dan kita pun jatuh tersungkur. Adakah itu hukuman? No. Itu tandanya, Allah nak bangunkan kita pada satu tahap yang lain. Mungkin lepas jatuh tadi, kita akan lebih berjaga-jaga. Ada bahagian-bahagian hati yang selama ini kita terlepas pandang nak pagar. Jadi Allah nak ajar kita, kita tak boleh selalu selesa, sebab syaitan ni memang suka tengok orang selesa.

Hikmah. Jatuh bukan bermakna kita kena duduk dan tiup luka dari kejatuhan tu sambil menangis teresak-esak. Kalau kita dapat lihat hikmah dan redha, kita akan bangun, terus berlari dengan kaki yang luka - menuju Tuhan pastinya.

Let us adjust our view, shall we?

INGATLAH..

kadang-kadang ALLAH akn jatuhkan kita sedalam-dalamnya lubang sampailah kita kenal siapa Tuhan kita ..
DAN bila Allah jatuhkan kita sedalam-dalamnya lubang,INGATLAH bahawa kita adalah hamba yg LAYAK di uji dengan pelbagai ujian..Dengan ujian itu,ALLAH akan hadirkan kekuatan utk kita cuma kita ken rajin meminta pada-NYA.. INSYAALLAH ..

AWAS !!!





haaa...ingat tau kaum adam semua....

KENAPA SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA??




sayang kawan-kawan farah ni....

 

Saturday 26 October 2013

KASIH IBU

kasih-ibu-mother-day


RENUNGKANLAH
Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis  sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng  dinding rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, ibu membelikan kita baju baru untuk hari raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, ibu hantar kita ke sekolah, kita membalas budinya dengan menjerit ,  tak nak gi sekolah .

Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih setiap kali ibu menghantar kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton tv. Kita membalas budinya dengan asyik menonton sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budinya dengan berkata bahawa ibu tak ada taste .

Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat  dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita mengunci diri dan bersendirian dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis gembira. Kita membalas budinya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana enjoy dan celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg sampai ke hostel. Kita membalas budi ibu dengan bersalaman hanya di luar dorm kerana malu  dilihat kawan-kawan.

Apabila berumur 20 tahun, ibu tanya kita dengan rasa prihatin, adakah kita ada boyfriend atau  girlfriend . Kita membalas budinya dengan berkata, ibu ni kepohlah.

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri. Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju tidak cantik kerana ibu yang belikan.

Apabila kita 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budinya dengan berpindah 300km jauh dari ibu.

Apabila kita berumur 40 tahun, ibu telefon dan memaklumkan tentang majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata saya sibuk.

Apabila kita berumur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Kemudian pada suatu hari, ibu meninggal dunia dan kita tidak sempat membalas segala jasa ibu. Ingat! Selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu dan jika ibu sudah meninggal  dunia, ingatlah jasa ibu. Ibu! Saya sayang ibu.


PINJAM MASA ANDA JAP ...



Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illalllah wallahu akbar.

-Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya..
-Ketahuilah…. bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia., ia tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah sehinggalah hari kiamat….
-Sedangkan makhluk Allah yang kecil itu bersungguh-sungguh tanpa penat berzikir memuji Allah.. 
 
-Terima kasih Allah kerana mengingatkan aku supaya tidak lupa kepadaMu
 -Janganlah kita sebagai manusia berat hendak melafaz tasbih, tahmid, tahlil dan takbir sebagai tanda kita bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah bagi pada kita...

-Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". (HR Ibnu Majah)


Cerita disebalik zikir ini:

1)Kalimah Subhanallah
Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.” 
2) Kalimah Alhamdulillah
 Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebutAlhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).
“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.
 
3) Kalimah Laa illaha illallah
 “Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”
“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.
“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as.  

4)
Kalimah Allahu akbar
Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).
“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar.Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimahsebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.

5) Kalimah Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, bagindamerasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyilaziem.”
Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadiSubhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar, Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.


Friday 25 October 2013

Kelebihan Selawat...

1. Memperoleh curahan rahmat dan kebajikan daripada Allah dengan sebaik-baik nikmat.
2. Menghasikan kebaikan meninggikan kedudukan dan menghapuskan kejahatan.
3. Memperoleh pengakuan kesempurnaan iman.
4. Menjauhkan kerugian dan penyesalan malah di golongkan di dalam kalangan orang-orang yang berbuat kebaikan.
5. Mendekatkan diri kepada Tuhan.
6. Memperoleh ganjaran pahala seperti memerdekakan hamba.
7. Menghasilkan pertolongan ( syafaat) di hari kemudian.
8. Memperoleh keredhaan dari Malaikatur Rahman.
9. Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w. Seseorang yang berselawat dan memberi salam kepada Nabi maka selawat dan salam nya itu di sampaikan Malaikat kepada Nabi sendiri.
10. Membuka kesempatan berbicara dengan Nabi tercinta.
11. Menghilangkan kesusahan kegundahan dan meluaskan rezeki kurniaan Tuhan.
12. Melapangkan dada. Apabila seseorang membaca selawat 100 kali maka Allah akan melapangkan dada nya dan memberikan sinar yang terang benderang ke dalam hati nya.
13. Menghapuskan dosanya. Barangsiapa yang membaca selawat tanda cinta kepada Nabi nya maka Allah akan menghapuskan dosa nya.
14. Menggantikan sedeqah bagi yang tidak mampu bersedeqah.
15. Melipatgandakan pahala. Apabila seorang hamba berselawat pada hari Jumaat maka Allah menurunkan rahmat berlipat ganda ke atasnya.
16. Mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah s.a.w. di hari Kemudian.
17. Menyebabkan doa di terima di sisi Allah.
18. Melepaskan diri dari kebingungan di hari Kiamat. Apabila seseorang meninggalkan selawat ke atas Nabi maka dia akan menghadapi kebingungan dan kekacauan di hari Mahsyar.
19. Memenuhi suatu hak Nabi atau menunaikan suatu tugas ibadat yang di wajiban ke atas sekelian umat Muhammad.

Thursday 24 October 2013

Dugaan demi Dugaan



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Assalamualaikum semua..eheem..eheem ..dah lama farah  xupdate blog FARAH LIYANA MOHD SALLEH ni.Sampai berhabuk dah blog ni..Rindu gila nak celoteh..Farah bukan menyepikan diri tapi ada dugaan yg Allah bagi pada farah sekeluarga ..Adik farah masuk hospital masa raya kedua Aidiladha sampai laa ke hari ni..Pada hari jumaat yg mulia dan penuh keberkatan ni,Alhamdulillah adik farah dah sembuh sepenuhnya.Syukur pada Yang Maha Esa..Terima kasih kepada kakitangan  HOSPITAL TUANKU FAUZIAH  termasuk pihak doktor yg xjemu-jemu merawat adik farah..Semoga anda semua selalu ceria dlm menjalankan tanggungjawab anda ..Tapi family farah di kejutkan lagi dengan satu lagi dugaan iaitu tok farah telah di masukkan ke ICU ..Farah taw hati ibu farah xtenteram selagi belum menatap wajah ibu kesayangannya..Tapi dalam masa yg sama ibu juga risaukan kesihatan adik farah yg kurang sihat..Xpe ibu..InsyaALLAH ,lepas adik amalina keluar wad,kita sama-sama pergi s.alam tengok tok ..ok J ..Insyaallah everything will be okey.. Kawan-kawan blogger semua,farah harap korang boleh tolong doakan kesihatan tok farah ye..Doa kan senjata umat Islam ..lagipun doa sesama sedara seislam lebih mujarab kan ..insyaallah..TERIMA KASIH ..hanya Allah mampu membalasnya ..
  .
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’


Tekan sini
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)