My Followers

Wednesday, 15 May 2013

sElamat Hari bApa

 hari ni farah nak cerita tentang insan teristimewa yg pernah hadir dalam hidup farah ..

my dad - Encik Mohd Salleh b. Ali
-Beliau merupakan tunjang atau ketua keluarga yg menjadi simbol kekuatan dlm hidup keluargaku..Tanpa Abah,siapalah kami.Sudah pasti kami kehilangan tempat utk bergantung.Abah sentiasa tegas dlm membuat sebarang keputusan yg melibatkan hal keluarga.Namun,disebalik ketegasan beliau terselit sifat kelembutannya.Abah sering kali menghiburkan kami dgn lawak jenakanya atau kadang2 dgn nyanyian.Walaupun nyanyiannya tidak semerdu penyanyi Anuar Zain namun iannya tetap merdu sbg halwa telinga kami.Kami tetap sukakanya <3 .Tangannya yg kasar menunjukkan betapa susahnya beliau bekerja utk menyara ahli keluarganya dgn menggunakan tulang empat keratnya.Kakak tahu Abah sentiasa inginkan yg terbaik utk keluarganya tapi cukuplah dgn kehadiran Abah disisi kami sudah memberi sebuah mkna yg sgt besar dn tidak ternilai harganya.