My Followers

Friday 25 October 2013

Kelebihan Selawat...

1. Memperoleh curahan rahmat dan kebajikan daripada Allah dengan sebaik-baik nikmat.
2. Menghasikan kebaikan meninggikan kedudukan dan menghapuskan kejahatan.
3. Memperoleh pengakuan kesempurnaan iman.
4. Menjauhkan kerugian dan penyesalan malah di golongkan di dalam kalangan orang-orang yang berbuat kebaikan.
5. Mendekatkan diri kepada Tuhan.
6. Memperoleh ganjaran pahala seperti memerdekakan hamba.
7. Menghasilkan pertolongan ( syafaat) di hari kemudian.
8. Memperoleh keredhaan dari Malaikatur Rahman.
9. Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w. Seseorang yang berselawat dan memberi salam kepada Nabi maka selawat dan salam nya itu di sampaikan Malaikat kepada Nabi sendiri.
10. Membuka kesempatan berbicara dengan Nabi tercinta.
11. Menghilangkan kesusahan kegundahan dan meluaskan rezeki kurniaan Tuhan.
12. Melapangkan dada. Apabila seseorang membaca selawat 100 kali maka Allah akan melapangkan dada nya dan memberikan sinar yang terang benderang ke dalam hati nya.
13. Menghapuskan dosanya. Barangsiapa yang membaca selawat tanda cinta kepada Nabi nya maka Allah akan menghapuskan dosa nya.
14. Menggantikan sedeqah bagi yang tidak mampu bersedeqah.
15. Melipatgandakan pahala. Apabila seorang hamba berselawat pada hari Jumaat maka Allah menurunkan rahmat berlipat ganda ke atasnya.
16. Mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah s.a.w. di hari Kemudian.
17. Menyebabkan doa di terima di sisi Allah.
18. Melepaskan diri dari kebingungan di hari Kiamat. Apabila seseorang meninggalkan selawat ke atas Nabi maka dia akan menghadapi kebingungan dan kekacauan di hari Mahsyar.
19. Memenuhi suatu hak Nabi atau menunaikan suatu tugas ibadat yang di wajiban ke atas sekelian umat Muhammad.

No comments:

Post a Comment