My Followers

Sunday, 27 October 2013

sederhana indah



Ada kalanya, kita sukar sangat nak lihat hikmah atas tiap kejadian, atau musibah. Kita senang cakap ; semua musibah benda ada hikmahnya. Tapi bila kena batang hidung sendiri, kita ada kalanya marah pada Allah.

Sebenarnya hikmah itu kita dapat lihat melalui ukuran keimanan kita. Kalau kita ni hamba yang kurang beriman, kita akan nampak musibah tu sebagai denda, sebagai hukuman. Kalau kita ni hambayang bersyukur, sabar, ikhlas dan redha, kita akan lihat musibah tu sebagai sesuatu yang positif.

Sangat!

Contoh.

Putus cinta. *senyum lebar*

Punya la kita menangis. Sedih. Patah hati. Walhal cinta tu, apalah sangat. Sekadar cinta. Cuba fikir. Nasib baik putus cinta, kalau putus tunang? Dan kalau tunang pulak, nasib baik putus tunang, kalau putus kahwin? Dan bila kahwin, kalau putus kahwin, mesti, mesti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. Mesti, ada sesuatu yang lebih baik yang Allah nak bagi.

Ummu Salamah kehilangan suami dan redha. Apa yang Allah bagi kat Ummu Salamah sesudah itu? Allah jadikan dia, isteri kepada Rasululllah SAW. Bukan ke tu perkara yang paling baik untuk dia?

Macam tu la semua perkara.

Sometimes we fall. Tapi adakah Tuhan sengaja nak gelincirkan kita? Tak. Semua tu, sebab kita terlalu selesa dengan iman kita. Kita ingat, iman kita dah cukup elok. Tapi rupanya, Allah datangkan ujian, seperti ujian hati, untuk lihat betul ke iman kita ni cukup kuat? Dan kita pun jatuh tersungkur. Adakah itu hukuman? No. Itu tandanya, Allah nak bangunkan kita pada satu tahap yang lain. Mungkin lepas jatuh tadi, kita akan lebih berjaga-jaga. Ada bahagian-bahagian hati yang selama ini kita terlepas pandang nak pagar. Jadi Allah nak ajar kita, kita tak boleh selalu selesa, sebab syaitan ni memang suka tengok orang selesa.

Hikmah. Jatuh bukan bermakna kita kena duduk dan tiup luka dari kejatuhan tu sambil menangis teresak-esak. Kalau kita dapat lihat hikmah dan redha, kita akan bangun, terus berlari dengan kaki yang luka - menuju Tuhan pastinya.

Let us adjust our view, shall we?