My Followers

Thursday 19 September 2013

ADAB PADA HARI JUMAAT




Seringkali umat islam menganggap hari Jumaat adalah sama dengan hari-hari selainnya. padahal banyak sekali riwayat hadits yang menjelaskan keistimewaan hari Jumaat..

Kelebihan (Fadhilah) Hari Jumaat:

“Sebaik-baik hari dimana matahari terbit adalah hari Jumaat, pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itu ia dimasukkan ke surga dan pada hari itu pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan Kiamat pun tidak akan terjadi melainkan pada hari Jumaat” (HR. Muslim, Abu Daud, Nasa’i, Tirmidzi)

Apakah yang disunatkan kepada kita untuk lakukan pada hari Jumaat?

1. Banyak berdo’a

“Pada hari Jumaat, ada satu saat dimana tidak seorang muslim pun yang memohon suatu kebaikan kepada Allah di saat itu melainkan Allah pasti akan mengabulkan permohonannya, dan itu adalah sesudah solat Asar” (HR. Ahmad)

2. Banyakkan bacaan selawat

“Harimu yang paling utama adalah hari Jumaat .. kerana itu perbanyaklah membaca selawat keatasku, kerana sesungguhnya bacaan selawatmu akan disampaikan kepadaku..” (HR. Bukhori, Muslim, Abu Daud, Nasa’i)

3. Membaca Surat Al-Kahfi

“Barang siapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diberi cahaya yang dapat meneranginya diantara dua hari Jumaat” (HR Nasa’i, Baihaqi, dan Hakim)

4. Mandi dan memakai wangian

“Adalah kewajiban atas setiap muslim untuk mandi, memakai wangi-wangian, dan menggunakan siwak (sugi) pada hari Jumaat” (HR. Ahmad)

5. Bersegera menuju ke masjid

“Sesungguhnya manusia itu di hari kiamat akan duduk beurutan menurut kesegeraan mereka dalam pergi ke masjid untuk solat Jumaat, yakni yang pertama, kedua, ketiga, keempat, sedangkan yang keempat itu tidaklah jauh dari Allah” (HR. Ibnu Majah)

6. Solat sunat sebelum masuk waktu solat Jumaat.

“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat dan datang ke masjid untuk solat Jumaat, kemudian solat sunat semampunya, kemudian mendengar khutbah hingga selesai, kemudian solat secara berjemaah, maka diampunilah dosa-dosanya yang ada di antara Jumaat itu dan Jumaat berikutnya dan ditambah lagi tiga hari” (Shohih, HR. Muslim)


Wallahua'lam :)

No comments:

Post a Comment