My Followers

Wednesday, 25 September 2013

Kasih ibu kasih ayah

"Kasih seorang ibu kepada anak, walau sedegil mana sekalipun anak itu, kasih seorang ibu itu tetap utuh...Farah tak dapat membayangkan perasaan ibu apabila kehilangan seorang anak dengan keadaan yang tragis dalam sekelip mata" tersentuh hati farah hingga rasa hiba,sayu,,semua ada.... tak dapat farah nak luahkan dengan kata-kata...

farah seorang yang cepat mudah tersentuh apabila perkara itu menyentuh hal kekeluargaan.. tak kiralah cerita drama kat tv ke surat khabar ke buku novel ke, sememangnya farah sgt mudah tersentuh hati dengan isu seumpama ini..... 

kasih  ibu membawa ke syurga kasih ayah bekorban nyawa... setiap patah kata-kata ini,pada farah ianya sangat menusuk ke hati farah... Ya ALLAH.. sesungguhnya.. farah bersyukur atas kurniaan-Mu yang tlah memberikanku seorang ayah dan seorang ibu yang terbaik di dunia dan akhirat... semoga Engkau tempatkan mereka di Syurga-Mu yang indah dan kekal abadi.... AMIN..

Kasih ibu... Kasih ibu.... Kasih ibu... Insan yg bergelar Ibu ini lah yang telah bertarung nyawa  bermati-matian untuk melahirkan kita untuk melihat keindahan dunia ini... tanpa mereka... tiada lah kita... tanpa mereka... terumbang-ambing la kita hidup tanpa kasih sayang dan belaian mesra... mereka mengasuh kita... mendidik kita untuk jadi insan terbaik... insan berguna..Mereka lah yg sabar melayani kerenah kita tatkala kita merajuk,sedih.. Ya ALLAH... Engkau bimbinglah hati kami ini utk menjadi anak yang soleh dan solehah... jadikanla kami ini anak yang dapat berjasa kepada kedua ibubapa kami... bimbinglah kami agar tidak menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa kami... Jauhilah kami dari sifat-sifat anak yang tidak mengenang budi kedua ibu bapa... Ya Allah.. sesungguhnya Engkaula yang Maha berkuasa dan Maha Mengetahui... Ibu.. Engkaula permata hatiku... 

Kasih ayah... Kasih ayah.... Kasih ayah.... setiap keringatmu yang menitik ke bumi tak ternilai harganya... Siang dan malam mencari rezeki dan sesuap nasi utk kami... Setiap permintaan dari kami tak pernah kau endahkan walaupun dalam keadaan susah mahupun senang tetap akan kau kabulkan... begitu besarnya pengorbananmu ayah... Membesarkan dan memberikan kelengkapan yang mencukupi utk kami... Sedaya upaya menyediakan yang terbaik utk kami nikmati.... Ayah... terima kasih atas segalanya... xterbalas segala jasamu ayah....

Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti mempunyai ibu dan bapa. Ibu adalah insan yang mengandungkannya dan melahirkan serta membesarkan kita menjadi insan sempurna. Bapa adalah insan yang selalu bersusah payah demi memenuhi keperluan kita.kasih ibu kepada anak2 tak pernah dibeza2kan....kadang2 anak yg terasa diri dibezakan oleh org tua...kasih ibu dalam memberikan yang terbaik utk anak2 dia...kasih ayah yg sentiasa ambik berat dan bertanya khabar...cuma tidak ditunjukkan...kita anak seharusnya memahami situasi ni...sbb kita akan bergelar IBU BAPA kelak...

Betullah pepatah orang Melayu ada mengatakan, "Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia"....

I LOVE YOU PUAN ZARINI & ENCIK MOHD SALLEH

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya :
” Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan Murka Allah bergantung pada murka kedua ibu bapa”


Hadith Riwayat al-Hakim...