My Followers

Wednesday 18 September 2013

KATA NASIHAT KEBAIKAN

1.   Rasulullah SAW menyuruh kita berhati-hati memilih kawan, sebab kawan itulah yang mempengaruhi kita tuju ke arah kebaikan atau keburukan.

2.  ~ Sebenarnya... Semua WANITA Islam tahu menutup AURAT.
~ Sebenarnya... Semua LELAKI Islam tahu BATASAN auratnya.
~ Sebenarnya... Semua orang tahu KIAMAT itu akan tiba nanti.
~ Sebenarnya... Semua orang tahu tentang DOSA & PAHALA.
~ Sebenarnya... Semua orang tahu NERAKA & SYURGA itu ada.
~ Sebenarnya... Semua orang TAKUT b'cakap pasal azab neraka.

*Cuma...

~> Sebenarnya.. RAMAI ORANG BUAT TAK TAHU!!

3.  “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim, no. 7118).

4.  Kelemahan wanita ialah suka mendedahkan aurat. Kelemahan lelaki suka melihat aurat yang terdedah itu.

5.  Forgive everyone, regret nothing. Never feel bad doing something good. Life is too short for hatred and revenge.

6.  Jika jatuh berdiri lagi. Jika kalah mencuba lagi. Jika gagal bangunlah lagi. Sampai Allah memanggil waktunya kembali.

7.  Ya Allah, bimbinglah telinga ini hanya mendengar kebaikan. Jangan biarkan pendengaran ini mendengar berita kotor atau pembohongan.

8.  Ingat mati! Ingat mati! Ingat mati! Kerana mati itu adalah pasti. Semua orang akan merasai kematian. Kita semua Bakal Jenazah.

9.  Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah. Jatuh bangun, dibelenggu masalah, itu perkara biasa. Teruskan melangkah. Kan ada Allah.

10.      Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya.

11. Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita.

12.      Tak perlu bersusah payah memikirkan cara untuk membalas dendam, cukup maafkan kesalahannya. Kerana memaafkan adalah cara membalas yang terpuji.

13.      Jangan pertikaikan Kenapa Allah masih belum bagi kau bahagia. Jangan. Mungkin Dia sedang merencanakan sesuatu yang indah untuk kau & untuk aku jua.

14.      Membahagiakan kedua-dua ibu bapa dengan hasil usaha kita sendiri adalah hal yang paling terindah & bermakna bagi seorang anak.

15.      Sampai satu saat nanti Allah bagi petunjuk. Mana yang betul dan mana yang salah. Kebenaran pasti menang. Yakini itu.

16.      Hari ini kita mungkin gembira dikelilingi insan yang kita sayang. Bahagia. Kelak, kita pasti akan berasa sunyi, bila mereka meninggalkan kita.

17. Saat kamu sakit, orang pertama yang akan risau tentang situasi itu adalah IBU kamu. Seorang IBU tidak tidur lena saat kamu sedang sakit

18.      Selangkah kita rapat dengan Tuhan, seribu langkah Dia rapat dengan kita. Selangkah kita jauh dari Dia, seribu peluang Dia bagi pada kita.

19.      MATI bukanlah perkara yang perlu ditakuti. MATI adalah salah satu perkara PASTI yang perlu sentiasa kita ingati.

20.     Mereka lihat si wanita tu lemah kerana air matanya. Sedang mereka lupa. Air mata itu juga adalah punca kekuatan seseorang wanita.

No comments:

Post a Comment