My Followers

Friday 6 September 2013

Celik Hati By Prof Muhaya

 

          
1) "Gunakan imiginasi untuk melihat sesuatu yang positif ketika membuat pilihan fikiran. Jika imiginasi kita positif kita akan mendapat hasil kehidupan kita yang positif".


2)"Selagi kita bergantung pada dunia dan manusia kita akan tertekan dan tidak bahagia. Apabila kita bergantung hanya pada Allah akan tenang dan bahagia dunia dan akhirat".


3)"Orang yang paling tenang ialah orang yang bebas dari penghargaan manusia dan hanya mencari redha Allah".


4) "Semoga kita berdoa utk semua umat Islam di terima puasa dan bahagia dunia akhirat"


5)"Semoga kita menjaga pemakanan dan kurangkan gula- "Kurangkan juadah tingkatkan ibadah" ( Ustaz BAdli Shah) . BEtapa ramai orang menyesal apabila mendapat kencing manis dan rosak buah pinggang dan buta mata dan di potong kaki bila gula tidak di kawal. Jom jaga kesihatan untuk beribadat kepada Allah dengan penuh kehambaan."


6)"The worst person is he who constantly speaks bad about you behind your back then greets you like you are his long lost buddie! Hypocrisy".


7)"Ubah cara kita melihat diri kita dengan menggunakan imaginasi dan mata hati kita. InsyaAllah kitabboleh berubah ke arah kebaikan dengan mudah dan istiqamah"


8)"Semoga Allah permudahkan wanita menutup aurat di bulan ramadhan dan berterusan selepas ramadhan"


9)"Apabila seorang doktor ingin melakukan prosidur Pesakit tidak Akan Tanya berapa distinction doktor Dapat Tapi samaada doktor Muslim itu membawa Bismillah sebelum memulakan prosidur . Semoga para doktor menjadi mukmin dan mukminah sejati. Jika tidak alangkah ruginya segala kepenatan belajar dan bekerja jika tidak mengamalkan Islam dengan istiqamah."


10)"Akhlak datang dari hati kita. Jika buruk akhlak buruklah hati kita. Jom audit dan henti melihat orang. Setiap kali kita kata macam mana nak betulkan orang kasihani diri kita kerana salah konsep berfikir. Betulkan diri dgn ilmu bukan berita. Jom jaga hati, mata, telinga, mulut setiap saat. Allah tiujuan kita bukan manusia"


11)"Dosa mengumpat lebih berat dari berzina- maksud hadis. Sebab orang berzina kalau taubat Allah ampunkan dosa tetapi orang yg mengumpat Allah tak boleh ampunkan kalau orang yg dia umpat tak ampunkan."


12)"Orang yg solat tapi lalai dan menunjuk nunjuk dalam solat masuk neraka wail. Ini kerana solat tak di terima lantas Allah campak dalam api neraka. Sama juga menderhaka kepada ibu bapa dtg dari hati yg tidak dirawat. Tanyalah ustaz tv9. Solusinya penting ialah menjaga hati kita. Cara bersihkan hati kita dengan zikrullah dgn lidah dan hati ingat kebesaran Allah. Hayati Allahuakbar masa takbir solat. Ucapan Allah maha besar supaya hati rasa kecil dan hilang rasa takabbur .jom doa jauh dari takabbur".


13)"Setiap kali kita beremosi negatif kita akan dihubungkan dengan orang yang berfikiran yang sama. Lihat siapa kawan kita itulah diri kita. Hentikan menyalahkan sesiapa dalam apa situasi tetapi ambil tanggung jawab atas segala yang berlaku dan buat perubahan untuk ubah hasil kehidupan."


14)"Semoga kita sentiasa memahami emosi orang lain sebelum mahu orang. Memahami diri kita"


15)"Semoga kita bersyukur atas nikmat Allah kurniakan dengan membolehkan kita melakukan kebaikan dan Ibadah. Semoga kita menjaga hati kita Dari riisk, Hasad dan ujub".


16)"Semoga kita memaafkan semua orang sebelum tidor dan mendoakan semoga Allah mengampunkan semua dosa orang lain".


17)"Semoga kita semua mendapat pahala di laman social kita. Hentikan menyebar keburukan"


18)"Jom ambil kesempatan masa lapang dan masa hidup kita buat baik sebanyak mungkin hingga terlalu penat utk buat maksiat. Siapa yang rehat di dunia akan penat di akhirat. Siapa yang penat di jalan Allah di dunia insyaAllah rehat di akhirat. Jom audit kita penat setiap hari buat apa , yang Allah redha atau murka".


19)"Semoga kita semua mendapat pahala di laman social kita. Hentikan menyebar keburukan"


20)"Selagi berfikir cara yang sama hidup akan tetap sama. Jom ubah cara berfikir dengan mencari ilmu bermanafaat bukan berita tentang keburukan orang lain. Lihat aktiviti kita dan itulah keputusan hidup kita dunia dan akhirat".
 
21)"Jika berpuasa kerana ikut ikutan bukan dgn kefahaman maka akan puasa fizikal saja maka solat tidak dijaga aurat tidak dijaga"


22)"Emosi positif adalah antidote kepada tekanan hidup dan penyakit yang banyak. Tingkatkan akaun emosi positif dan buang emosi negatif".


 23)"Utamakan Allah untuk segala sesuatu.. INsyaAllah bahagia hidup dunia dan akhirat".


24)"Setiap manusia mempunyai paradigma. Paradigma ialah cara kita berfikir dan benda yang orang tidak boleh kawal dalam diri iaitu cara emosi kita bertindak balas dengan apa yang berlaku. Oleh itu untuk mengubah paradigma maka seseorang itu harus ada tujuan hidup yang diinginkan. Ubahlah sikap yang negatif kepada positif dan akhir sekali bertaqwalah pada Allah s.w.t."


25)"Jika kita ingin berjaya, buat kerja lebih daripada kita dibayar. Jika kita tidak buat lebih, bagaimana kita akan dibayar lebih? Kepada semua pekerja dan peniaga, niatlah memberi lebih daripada kita dibayar dan niat yang lebih sebagai sedekah berpanjangan yang menjadi pencen kubur kita. InsyaAllah" .


26)Kualiti hidup bergantung pada kualiti fikiran.


27)"Jika kita sukar memaafkan kesalahan, bererti sifat ego terlalu tinggi dan merasa kita terlalu bear atau mulia untuk dipelakukan kurang baik oleh seseorang. sedangkan Allah menerima taubat hambanya, jadi siapalah kita untuk tidak mahu memaafkan. Jika sesiapa dikalangan kita payah memaafkan, ingat waktu sakratul maut, apalah guna segala kemarahan dan dendam yang ada"


28)Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Ubah diri untuk ubah suami dan anak anak. Penuhi diri dan keluarga dengan kasih sayang dan beri pada keluarga insyaAllah akan dapat kasih sayang itu. Alangkah ruginya manusia yang suka marah marah. Penyakit banyak dan hidup di benci semua orang dan akan menyesal seumur hidup.


29)"Lihatlah contoh terbaik iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun Baginda berasa sedih, namun Baginda tidak berasa marah apatah lagi berdendam, apabila orang-orang Thaif telah menolak dakwahnya dan mencederakan tubuh badannya" .


30)"Banyak orang tahu tapi tak ramai orang sedar. Sebab tahu tu dekat akal sahaja, informasi dengan inspirasi lain. Bila tahu dekat akal, sedar dekat jiwa dan hati dan jiwa juga hati nak jumpa Allah s.w.t".


31)Semoga kita semua berpakaian sopan sentiasa dan bertutur sopan dan banyakkan senyum pada keluarga dan pembantu rumah dan niat solat tepat pada waktu.


32)Setiap Kali kita berbuat baik Allah sayang pada kita dan keyakinan diri kita Akan meningkat. Jom buat baik. Orang yang paling tidak bijak ialah orang yang berbuat jahat kerana segala kejahatan Akan kembali pada nya di dunia dan akhirat.


33)Jangan tidur selagi belum memaafkan semua orang dan berdoa agar Allah ampunkan dosa orang lain. Fikirkan kebaikan semua orang dan lupakan semua kebaikan kita pada orang. Niat untuk berbuat baik dan lebih beriman dan bertakwa dan solat lebih tepat pada waktu dan menjaga aurat. Dan pergaulan.


34)Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, Serendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.


35)" tidak ada lagi dendam" amat baik kepada mereka yang banyak menanyakan masaalah dan tidak berkesempatan menjawab. Masaalah kita bermula dari minda maka minda kita lah penyelesainya.


36)Mengapa kita menangis bila di Makam Rasullullah? Tanya diri kita dan kenang dosa kita membelakangkan ajaran Nabi Muhammad saw dan betapa pedih pengorbanan baginda menegakkan Islam. Jom audit diri. Semoga kita mengasihi saudara Muslim yang lain.


37)Mendoakan kita semua menjadikan Islam fokus hidup dan Allah mengurniakan orang bertakwa untuk kita semua dalam apa saja urusan. Jom tingkatkan takwa dan kesyukuran. Hanya orang yang bertakwa boleh bersyukur. Jika kita tidak bersyukur audit ketakwaan kita.


38)Find our children doing things right and that is what will expand and if we always want to catch our children doing wrong that is what will expand. Reflect on our focus in life.


39)Circumstances do not make a man. It reveals him. What we focus on expand. So if we focus on lack and scarcity that is what we get. When we focus on what we have what we have will expand. If we focus on what is wrong with our spouse that will expand. So focus on what we want in any situation.


40) Setiap saat katakan pada diri kita perkara yang baik seperti " saya sayang diri saya , keluarga saya dan semua makhluk Allah" lihat bagaimana hidup akan berubah bila sikap kita berubah.


41)Semoga para suami suka menghargai isteri dan mengenang pengorbanan isteri melahirkan zuriat yang bakal menjadi pencen kubor.


42)Semoga kita tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan yang menghias benda batil nampak baik dan benda baik nampak batil, jom reset minda dan iman dan celik mata hati.


43)Perkataan " tapi" melemahkan dan menjadi pilihan kita utk membuat perubahan atau terus memberi alasan tanpa belajar dari kesilapan yang lalu- Ini jawapan kepada mereka yang meminta nasihat tapi masih menyebut " Tapi". Jom audit kenapa kita susah utk ubah diri kepada kebaikan.


44)Alangkah rugi jika orang muda yang sihat tidak niat dan mengambil langkah untuk menjadi salah satu golongan di bawah lindungan arasyh Allah di padang mahsyar dengan beribadah ketika usia muda. Jom audit aktiviti setiap hari- Imam Qurtubi mengatakan bergaul dengan anjing lebih baik dri bergaul dengan orang yang jahat- Imam Suhaib Webb. Hidup bukan hanya ytk bersuka suka dan bermain tapi utk ubudiyah kepada Allah.


45)Sebagai orang ISlam orang Muda harus bertanggung jawab memilih jalan hidup menuju Allah utk tidak sesal di hari tua ( jika sempat tua) dan di padang mahsyar nanti. Jom hari ini bila berjalan bayangkan kita berjalan di padang mahsyar dan amat takut utk menerima buku timbangan kita samaada dari tangan kanan atau tangan kiri. Lihat apa kita taip dan baca di alam maya.


46)Apa yang kita perjuangkan dalam hidup memberi kesan pada kita dan anak anak dunia dan akhirat. Alangkah rugi jika tidak ada niat mencari redha Allah dan mengikut sunnah dalam kehidupan harian.


47)We cannot adjust Islam to suit us but we have to adjust to Islam- Brother Yusuf in a talk titled " Can Islam work in today' world" at Huda Tv . Fantastic talk. The example he gave was when a tailor make a garment that fit the body not the body to fit the garment. Islam does not change and everything else adjust to. So the garment have to change to fit the body as we have to adjust our thinking feeling and action according to Islam. If we do not do this then life becomes difficult Now and Hereafter.


48)Mendoakan kita semua menjadikan Islam fokus hidup dan Allah mengurniakan orang bertakwa untuk kita semua dalam apa saja urusan. Jom tingkatkan takwa dan kesyukuran. Hanya orang yang bertakwa boleh bersyukur. Jika kita tidak bersyukur audit ketakwaan kita.


49)Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, Serendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.


50)We get better life when we make better decisions.



                                                                                                                                                                       


No comments:

Post a Comment